Berita & Isu Semasa, Gossip Tempatan, Hiburan

Betul Ke Lelaki Mat Saleh Ini Teman Lelaki Fazura?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Betul Ke Lelaki Mat Saleh Ini Teman Lelaki Fazura?

Menerusi video berdurasi 10 minit yang dimuat naik ke akaun Youtube Hizzy, Fazura dilihat pada saat ke-42 bersama lelaki yang juga dikenali sebagai DJ bernama Randy Siedman sedang berjalan di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

IKLAN

Video yang dirakam secara sembunyi itu merupakan eksperimen sosial yang dilakukan kepada orang awam di sana untuk melihat reaksi mereka sama ada mahu menyumbang dana atau sebaliknya bagi menghalang golongan Muslim masuk ke Amerika. 


Siedman yang ketika itu berjalan bersama Fazura lantas mengecam tindakan mereka yang disifatkan mendiskriminasi golongan Muslim.


“Teman wanita saya adalah Muslim yang berasal dari Malaysia dan dia adalah pencinta keamanan. Anda membuat tuduhan melulu ke atas Muslim dan saya sangat terkilan. Dia memiliki jiwa yang sangat baik.


“Kenapa mesti menghalang golongan Muslim datang ke Amerika sedangkan mereka tidak melakukan sebarang keganasan?,” katanya dalam video tersebut yang benar-benar menunjukkan perasaan yang kecewa.

Apa yang menjadi tanda tanya adalah perkataan “girlfriend” yang dirujuk oleh Randy kepada Fazura.

Tonton Video Eksperimen Sosial 

Namun jelas Fazura, maksud “girl friend” yang diungkapkan oleh temannya itu adalah bermaksud ‘kawan perempuan’. 

“Kalau saya di sana (Amerika Syarikat) gelaran girlfriend itu merujuk kepada rakan wanita bukan teman wanita.
 
“Manakala rakan lelaki pula mereka membahasakannya sebagai guy friend.
 
“Jadi bila Randy memanggil saya dengan gelaran girlfriend ia hanya perkara biasa,” katanya kepada Astro Gempak

IKLAN

SUMBER 1 & 2