Pasangan selebriti itu mengumumkan berita mengujakan itu menerusi kapsyen sebuah gambar yang dimuat naik oleh Beyoncé sendiri ke akaun Instagram.
Foto yang baru sahaja dikongsikan bersama peminat beberapa jam lepas itu memaparkan Beyoncé yang sedang duduk sambil ditemani rimbunan bunga yang kemudiannya hanya mengenakan pakaian dalam seksi bagi menayang perutnya yang sedang membesar.
Nampaknya, untunglah pasangan ini!
Anak perempuan sulung mereka, Blue Ivy Carter telah dilahirkan pada 7 Januari 2012.
Sebelum ini, Beyoncé juga pernah membuat kejutan apabila mahu mengumumkan kehamilan sulungnya pada 2011 dengan perbuatan mengusap perutnya kala melakukan persembahan di acara MTV Video Music Awards. Selepas beberapa ketika menyampaikan lagu popular “Love on Top” dengan penuh bersemangat, mikrofon yang digenggamnya tiba-tiba terlepas dari tangan.
Dramatik betul kan?
Apa-apa pun Wanista ucapkan tahniah buat pasangan Beyoncé & Jay Z!