Cinta & Perhubungan, Tips - Percintaan

[Cinta & Perhubungan] 5 Tips Sabar Dengan Pasangan Kuat Merajuk

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
[Cinta & Perhubungan] 5 Tips Sabar Dengan Pasangan Kuat Merajuk

Tak tahu lah nak menyampah atau tidak dengan pasangan yang suka merajuk ini. Ada sahaja perkara yang kita buat tak kena dimata dia. Apa yang sebenarnya yang mereka mahukan pun kita tak tahu. Betul-betul dalam dilema rasanya. 

IKLAN

Lelaki atau perempuan, tak kira siapa punya hubungan pasti ada sahaja drama merajuk. Biasanya orang merajuk ini emosinya bercampur dengan marah dan menginginkan perhatian. Salah dipujuk, makin teruk pula bermasam muka, tapi itu biasa lah asam garam dalam hubungan percintaan. 

Foto - Pinterest.com
Foto – Pinterest.com

Pun begitu, tidak bagus kalau dibiar pasangan merajuk atau membiarkan perangai rajuk untuk semakin berleluasa. Anda boleh ikut dua tips dari Wanista sebelum ini:-

#1 5 TIPS MELEMBUTKAN HATI ISTERI/TEMAN WANITA MERAJUK

#2 TIPS MUDAH PUJUK KEKASIH YANG MERAJUK 

Merajuk lama-lama nanti, takut pula jadi macam sepasang suami isteri di Jepun tak bercakap selama 20 tahun hanya sebab merajuk! Tak percaya? Anda boleh baca DISINI

Dah puas rasanya memujuk si dia tapi rajuknya masih tidak reda, baiklah..Wanista khas kan satu artikel untuk anda kekal positif dan sabar menghadapi perangai kuat merajuk pasangan. Jom praktikkannya bersama! 

Foto - Tenor GIF Keyboard
Foto – Tenor GIF Keyboard

Ketahui Alasan / Sebab Si Dia Merajuk – siasat perkara apakah yang menjadi si dia moody dan bermasam muka dengan anda. Mungkin mood swing sebab datang bulan ke? atau anda buat lawak tidak bertempat. Tak mungkin dia merajuk tanpa sebab, kalau anda dah tahu sebabnya..elakkan membuat lagi perkara ‘terlarang’ itu lagi. 

Jangan Ambil Hati – cuba anda bertindak bijak dengan memanipulasikan sedikit emosi tidak matang kekasih anda. Jangan sesekali anda cuba terikut dengan sikap rajuk si dia, kalau boleh anda buat dia rasa bersalah pula dengan sikap merajuk dia yang tak habis itu. Apa yang penting anda rileks sahaja bila dia merajuk, lambat-laun si dia pasti tersedar. 

IKLAN

Hargai Si Dia – kalau nak ikutkan perasaan sebenar, mahu sahaja diluahkan perkara yang anda tidak puas hati juga. Tapi apa yang terbaik cubalah saat manis bersama anda dengan si dia, percayalah rajuknya mungkin sekejap sahaja. Pada waktu inilah, anda boleh lihat kekurangan pada pasangan untuk anda memperbaikinya. 

Foto - Giphy
Foto – Giphy

Jangan Ungkit ‘Cerita Lama’  bila si dia merajuk, usahlah berkata apa yang lagi ingin menyakitkan hati dia. Lebih baik anda berdiam diri, ya, kalau anda curah lagi minyak di api pasti lagi isu merajuk ini bertambah marak besarnya. Refleksikan diri anda dengan sesuatu yang positif, imbas kembali pergaduhan yang lalu adalah kerana anda berdua sangat saling mencintai. 

Saya Cinta Kamu – Dia lah insan yang melengkapi hari-hari anda, maafkan sikap merajuk si dia dengan ungkapan ‘I love you’ atau pelukan mesra. Jangan pernah serik untuk memujuk, jika tidak pandai meluahkan cukuplah dengan meninggalkan nota ringkas cinta di atas mejanya atau pesanan ringkas. 

Rujukan 1, 2 & 3