Bintang Hollywood yang berusia 35 tahun ini sedang sarat mengandung tapi masih boleh kelihatan ayu dan cantik seperti wanita belum berkahwin.
Natalie Portman channels Demi Moore in the 2017 Hollywood Issue portfolio https://t.co/EWJOzPzbhr
— VANITY FAIR (@VanityFair) January 26, 2017
Natalie Portman yang tercalon untuk anugerah Oscar tahun ini untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Jackie adalah antara wanita paling cantik yang dipaparkan sebagai muka isu tahunan Vanity Fair’s Hollywood Isu yang menegetengahkan topik-topik dan cerita menarik mengenai selebriti A list layar perak.
Tonton Trailer Filem Jackie Yang Membawa Pencalonan Natalie Portman Sebagai Pelakon Wanita Terbaik Untuk Oscar ke-89 Februari ini
Foto yang dirakam adalah sangat mengujakan turut memuatkan wajah 11 “Wonder Women” lain dan ada antara mereka pernah dicalonkan untuk 12 pencalonan di anugerah Academy Award termasuklah Ruth Negga, Natalie Potrman sendiri dan Emma Stone.
Turut serta dalam potret wanita hebat itu adalah pelakon Amy Adams, Lupita Nyong’o, adik-beradik Dakota & Elle Fanning, Dakota Johnson, Janelle Monae, Greta Gerwig dan Aja Naomi King.
Setiap seorang dari mereka siap berhias mewah dari hujung rambut hingga hujung kaki menampikan rekaan para pereka mahsyur seperti gau metalik yang digayakan Lupita adalah rekaan Alexander mcQueen, Ruth Negga dalam persalinan Micheal Kors Collection, Janelle Monae memakai ciptaan Haider Ackherman dan Natalie Portman dalam rekaan Dior Haute Couture. Empat persalinan ini adalah fesyen yang paling menarik minat netizen.