Dekorasi, Pilihan, Travel

Hotel Jen Di Johor Tawar Bilik Bertemakan Hello Kitty Untuk Pengunjung Obses Merah Jambu

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Hotel Jen Di Johor Tawar Bilik Bertemakan Hello Kitty Untuk Pengunjung Obses Merah Jambu

Percutian dalam negara mungkin tidak menjadikan anda begitu teruja seperti saat mahu mengembara keluar negara. Namun begitu, melihatkan inisiatif yang diperkenalkan Hotel Jen cawangan Puteri Harbour Johor ini, anda pasti berasa girang kerana pusat peranginan bertaraf antarabangsa itu kini tampil menawarkan 12 unit bilik istimewa yang bertemakan Hello Kitty!

IKLAN
Sekitar majlis pelancaran Hello Kitty Themed Room di Hotel Jen Puteri Harbour. Foto -Arkib Wanista
Sekitar majlis pelancaran Hello Kitty Themed Room di Hotel Jen Puteri Harbour. Foto -Arkib Wanista

Untuk peminat tegar watak animasi comel berkenaan, dari hiasan dalaman bilik, dekorasi dinding kamar, susun atur perabot, jenis perkakas yang digunakan, pemilihan warna dinding serta elemen-elemen dalam bilik air, semuanya berkonsepkan Hello Kitty!

Salah satu pilihan bilik Hello Kitty Pink Series yang ditawarkan di Hotel Jen Puteri Harbour. Foto -Arkib Wanista
Salah satu pilihan bilik Hello Kitty Pink Series yang ditawarkan di Hotel Jen Puteri Harbour. Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, Hotel Jen Puteri Harbour ini adalah sebahagian dari Shangri-La Group. 

Maskot Hello Kitty bergambar di salah sebuah bilik dilengkapi hiasan dalaman bertema. Foto -Arkib Wanista
Maskot Hello Kitty bergambar di salah sebuah bilik dilengkapi hiasan dalaman bertema Sailor Hello Kitty. Foto -Arkib Wanista
Salah satu pilihan dari bilik Hello Kitty Sailo. Foto -Arkib Wanista
Salah satu pilihan dari bilik Sailor Hello Kitty. Foto -Arkib Wanista

Secara keseluruhan, 12 buah bilik bertemakan Hello Kitty itu dikategorikan kepada 3 konsep iaitu Sailor Hello Kitty, Pink Series dan Hello Kitty in OZ. Setiap satu dilengkapi dengan dekorasi yang berlainan mencerminkan keunikan serta ciri-ciri versae ala boutique hotel.

Suits keluarga eksklusif bertemakan Hello Kitty in Oz. Sumber: Arkib Wanista
Suits keluarga eksklusif bertemakan Hello Kitty in Oz. Sumber: Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hoteljen.com/johor.

***Ulasan berkenaan hotel akan penulis karangkan pada pos yang akan datang.