Kejutan demi kejutan diterima peminat rancangan hiburan nombor satu Korea Selatan ‘Running Man’. Dari berita Kang Gary meninggalkan rancangan tersebut atas alasan mahu kembali fokus dalam bidang nyanyian sehinggalah Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dipecat tanpa diberitahu.
Paling memeranjatkan apabila pihak SBS mengumumkan rancangan tersebut bakal berakhir pada Februari tahun ini.
Namun begitu, menurut laporan dari Soompi pihak SBS sekali lagi mengeluarkan kenyataan baharu pada 24 Januari mengenai program Running Man kembali menemui penonton. Ini merupakan satu berita baik pada semua peminat Running Man yang kini masih lagi bersedih.
Sumber dari SBS mengatakan, “Pengarah Urusan Bahagian Hiburan SBS, Nam Seung Yong yang merupakan pengasas bagi program ini telah bertemu dengan kesemua ahli Running Man pada awal tahun ini. Beliau memohon maaf dengan apa yang telah terjadi semasa program ini diubah semula dan bermohon agar enam ahli program kembali menyertai semula.”
Pengarah Nam Seung Yong berkata, “Terima kasih kepada ahli ‘Running Man’ kerana sanggup membuat keputusan yang sukar ini. Dan kepada para peminat, kami akan kembali semula dengan aksi dan episod yang lebih menarik untuk menebus semula kekecewaan anda terhadap kami.”
Walaubagaimanapun masih belum ada laporan lagi mengesahkan bila tarikh semula siaran rancangan ini dan enam ahli Running Man, Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo masih lagi sebagai ahli tetap program.