Platform jualan dalam talian meluas bagi barisan barangan mewah baharu dan terpakai yang diyakini, Reebonz telah menjalinkan satu kerjasama dengan pereka fesyen tempatan, Hayden Koh bagi menghasilkan koleksi fesyen mewah yang mudah diperolehi. Koleksi tersebut menggabungkan rekaan ringkas beliau bagi para wanita muda, kotemporari dan penuh keyakinan.
Kerjasama ini bakal menghasilkan dua skaf kontemporari edisi terhad rekaan Hayden Koh yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan direkalukis dengan cetakan yang halus. Ini dapat dilihat melalui gabungan fabrik dan tekstur yang dihasilkan Hayden dengan mengambil ilham daripada penyesuaian bunga-bungaan terhadap persekitaran alam.
Hayden merupakan graduan Malaysia Institute of Arts dan SML Fashion Academy di Kuala Lumpur dan mempunyai perjalanan karier yang menakjubkan sebaik sahaja beliau tamat belajar. Bakatnya telah diberikan perhatian pada Minggu Fesyen Malaysia 2014 serta Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015 – majlis peragaan fesyen yang khususnya menunjukkan bakat baru yang terbaik di kalangan pereka tempatan.
Seiring dengan sambutan Tahun Baru Cina, Reebonz akan menghadiahkan skaf edisi terhad Hayden Koh kepada 120 pelanggan yang membuat belian sebanyak RM3,500 ke atas daripada 9 hingga 27 Januari 2017, serta kupon bernilai RM588 untuk pembelian seterusnya. Tawaran tersebut sah antara 28 Januari 2017 sehingga 10 Februari 2017 dan kupon bernilai RM588 (boleh digunakan dengan pembelian minima) ini akan diemelkan kepada pelanggan yang layak untuk tawaran tersebut.