Inai dan pengantin tidak lagi dapat dipisahkan dalam adat perkahwinan Melayu dan India. Ia menjadi hiasan jari kaki dan tangan si pengantin, kalau tak pakai inai orang kata tak lengkap nak jadi pengantin!
Tapi kini ramai bakal pengantin yang menolak untuk dipakai inai, malah ada juga ahli keluarga mereka melarang. Rasa macam dah tak seronok lagi kan? Zaman kecil-kecil berebut nak pakai inai sama macam pengantin.
Kalau ada kawan atau ahli keluarga anda yang berkeras tidak mahu berinai, nah beri mereka 7 alasan kebaikan inai.
Inai Untuk Rambut
#1 Pewarna rambut semulajadi – Jika anda teringin memiliki rambut perang, cubalah dengan inai kerana ia 100% semulajadi. Malah ia juga mampu menutup warna kelabu rambut (uban) dan memberi efek warna semulajadi rambut. Tapi hati-hati, inai boleh menyebabkan rambut kering, apa yang boleh anda lakukan campurkan inai bersama telur. Rambut lebih lembut dan kurang kering bersama adunan ini.
#2 Mengawal masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala – bagi anda yang mengalami masalah kelumur atau sering mengalami kegatalan gunakan inai sebagai penawar semulajadi. Inai rupanya mempunyai kuasa antimikrob dan antikulat iaitu potensi merawat kelumumur disamping memberi hasil rambut berkilat dan sihat.
#3 Perapi rambut semulajadi – walaupun inai meninggalkan kesan kering pada rambut, tapi bila ia dicampur dengan telur, ia menjadi sangat lembab. Jadi ia sesuai dijadikan sebagai mask atau perapi untuk rambut kekal lembab.
BACA: INSPIRASI UKIRAN INAI TERKINI UNTUK BAKAL RAJA SEHARI
#4 Rawatan untuk hujung rambut bercabang – rambut kering pasti hujung rambut bercabang, jangan risau hanya lakukan rawatan ini pasti ia dapat mengembalikan kecantikan rambut. Campurkan serbuk inai bersama minyak avocado dan telur, kemudian sapukan diseluruh kawasan rambut. Selepas 2 jam, cuci rambut dengan air suam.
#5 Tiada lagi rambut gugur – tinggalkan rawatan melebatkan rambut di salun, kini anda boleh lakukannya di rumah. Inai mampu mengawal masalah rambut gugur dan melebatkan lagi pertumbuhan rambut. Anda boleh cuba mask inai bersama biji halba. Rendam biji halba semalaman, kemudian campurkan bersama serbuk inai dan serbuk buah amla (indian gooseberry). Sapukan pada rambut, biar selama 2-3 jam dan cuci bersama air suam.
Inai Di Jari / Kuku
#6 Kuku sihat dengan inai – kuku juga sama seperti rambut dan kulit mempunyai sumber protein dipanggil keratin, jadi ia juga memerlukan rawatan sama seperti kulit dan rambut. Penggunaan inai di kuku merupakan satu cara semulajadi menghasilkan kuku yang kuat dan sihat.
BACA: INFO REKAAN DAN CORAK INAI TANGAN & KAKI UNTUK BAKAL PENGANTIN
#7 Masalah kuku bercagu – kalau dah bagus dalam menguatkan kuku dan mampu merawat kelemumur pada rambut. Tak mustahil, inai membantu melawan jangkitan kulat pada kuku atau kuku bercagu.
Tak sangka kan, bukan sahaja dapat menjadi hiasan malah inai juga mempunyai kebaikan tersendiri. Kalau masih ada lagi yang tak mahu berinai, rugi lah kan 😛