Menurut polis, seorang pelakon ditembak mati pada Isnin semalam ketika penggambaran video muzik yang menggunakan senjata api di sebuah bar di Brisbane.
Lelaki berusia 20-an tersebut ditembak di bahagian dada dipercayai secara tidak sengaja namun polis akan membuka siasatan jenayah terhadap insiden itu.
“Pelakon berkenaan menggunakan beberapa senjata api di lokasi kejadian. Mangsa yang maut adalah pelakon babak berkenaan,” kata Inspektor Detektif Tom Armit.
“Krew filem melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa,” kata Armitt sambil menambah lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan nama pelakon atau kumpulan penyanyi yang terlibat. Brisbane Times melaporkan kumpulan hip hop Australia, Bliss n Eso sedang menjalankan pengambaran video klip berkenaan di Brooklyn Standard, bar bawah tanah di pusat bandar.