Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua bakal meraikan Tahun Baru Cina dan bahagian yang paling ditunggu-tunggu ialah cuti panjang sepanjang minggu!
Aktiviti hari perayaan pasti padat dan kembali mengeratkan silaturahim sesama sanak-saudara sudah lama tidak bertemu. Sudah menjadi tradisi untuk semua ahli keluarga berkumpul dan bermalam dirumah orang tua, tapi kalau semuanya sudah besar-besar mesti ada bilik yang tidak cukup.
Tak usah risau, Hotels.com menyenaraikan hotel yang lengkap dengan restoran sekaligus menjadikan lokasi menyambut majlis tahun baru selesa untuk keluarga besar anda!
1) Shang Palace, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur
Hotel 5 bertaraf lima bintang ini menawarkan hidangan istimewa Tahun Baru Cina disedia khas dari Chef Tan Kim Weng. Anda boleh merasakan bahan premium dalam masakan dibawa eksklusif.
2) Chynna, Hilton Kuala Lumpur
Berkonsepkan ala Shanghai Tang, ini lah lokasi yang tepat bagi anda yang menikmati hidangan original oriental! Menariknya lagi, menu menyediakan hidangan menyihatkan sesuai untuk ahli keluarga anda yang kena berjaga pemakanan.
3) Lai Po Heen, Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Diinspirasikan dari rumah agam masyarakat cina abad ke-19, Lai Po Heen menyediakan hidangan khas klasik Kantonis. Dekorasi restoran ini mengagumkan pada mata yang memandang, hiasan lampu tinggi dan ukiran pintu pasti memberi efek cantik pada gambar keluarga anda.
4) Xin Cuisine, Concorde Hotel Shah Alam
Di restoran Xin Cuisine anda dan keluarga bukan sahaja dapat menikmati makanan yang menyelerakan, bahkan anda juga dosajikan persembahan muzik guzheng. Menu yang disediakan pula dari pilihan masakan Nouvelle Chinese dan dimsum Hong Kong.
5) Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Inginkan kelainan dan selaras dengan konsep moden? Nook memberikan gaya tahun baru Cina serba baru dengan dekorasi restoran yang segar dan ceria! Malah, menu Yee Sang Popcorn merupakan keistimewaan yang patut anda dan keluarga cuba.
Lakukan tempahan segera di Hotels.com dan terdapat banyak lagi pilihan hotel dan bilik untuk anda dan keluarga. Berharap tahun baru ini, segala tuah dan kemakmuran menjadi sebahagian dari hidup kita semua!