Hiburan, Muzik

10 K-Pop Rapper Miliki Suara Garau Paling Seksi!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
10 K-Pop Rapper Miliki Suara Garau Paling Seksi!

K-Pop bermaksud ‘Korean Pop’ atau ‘Korean Popular Music’. Ianya terbahagi kepada beberapa genre muzik seperti pop, bubblegum pop, dance, electronic, electropop, hip-hop, rock dan r&b yang berasal dari Korea Selatan.

IKLAN

Dikatakan, moden K-Pop telah bermula pada tahun 1992 apabila munculnya kumpulan ‘Seo Taiji & Boys’ dengan lagu genre dance dan rap.

Muzik K-Pop bukan sahaja tentang kekuatan vokal dan tarian penuh bertenaga semata-mata tetapi juga setiap bait lirik yang dilafazkan rapper juga memainkan peranan dalam sebuah lagu. Ahli rapper sering dipuji kerana berjaya memberikan persembahan bertenaga dan mampu ‘menghidupkan’ suasana dengan lirik yang cukup kuat. Siapa sangka ada di antara mereka yang mempunyai rupa paras comel dan cantik tetapi sangat berkaliber ketika berada di pentas malahan miliki suara yang cukup powerful.

Ini Wanista senaraikan 10 rapper yang bukan sahaja serba boleh malah mereka miliki suara garau yang seksi mampu buat anda tak tidur lena.

BIGBANG TOP

Foto - K`orean D`ream
Foto – K`orean D`ream

Sangat pelik jika rapper Top tidak tersenarai. Sebagai salah satu daripada kumpulan Kpop paling tua di Korea Selatan, Bigbang Top telah menerima banyak pengiktirafan, bukan sahaja miliki rupa paras yang segak, lakonan berkarisma malah beliau juga mempunyai suara garau yang sangat dalam bahkan seksi.

WINNER SONG MINHO

Foto -OneHallyu
Foto -OneHallyu

Sejak muncul dalam program realiti Show Me The Money 4, rapper ini terusan menjadi trending di Korea Selatan. Bukan sahaja miliki swag ketika beraksi di pentas, penyanyi rap ini juga mempunyai suara husky yang sangat seksi.

GOT7 JACKSON

IKLAN
Foto - We Heart It
Foto – We Heart It

Full package! Jackson seorang lucu, manis, penyayang, karisma dan mempunyai suara boleh dikatakan sangat menggoda dan seksi sama ada ketika rap mahupun bercakap.

BTS SUGA

Foto - Pinterest
Foto – Pinterest

Penulis jatuh cinta ketika mendengar part Suga dalam I Need You, cukup sedap sekali. Anda dah dengar? Kalau belum, cuba dengar sekarang! Serius anda akan jatuh cinta dengan setiap bait yang diucapkannya. 

BTS RAP MONSTER

Foto - Bangtan Gifs
Foto – Bangtan Gifs

Bukan sahaja diiktiraf untuk kemahiran rap yang cukup baik, Rap Monster juga mempunyai suara yang cukup seksi dan jelas ketika menyanyi, apatah lagi ketika beliau berbahasa inggeris.

EXO CHANYEOL

Foto - Pinterest
Foto – Pinterest

Disebalik wajah comel dan personaliti riang, Chanyeol juga miliki suara garau yang sangat dalam. Cuba dengar semula semua rap bahagiannya, anda pasti setuju dengan penulis.

BLOCK B P.O

Foto - Gurupop
Foto – Gurupop

Jika Zico mempunyai bakat untuk menghasilkan lagu-lagu hebat, P.O pula miliki suara menggoda husky yang akan memberi ‘kesedapan’ pada lagu tersebut.

IKON BOBBY

Foto - Amino Apps
Foto – Amino Apps

Tidak lengkap senarai tanpa Ikon Bobby. Pemenang program realiti Show Me The Money 3 ini mempunyai suara husky yang sungguh powerful dan strong.

VIXX RAVI

Foto - Primo GIF
Foto – Primo GIF

Suaranya bukan sahaja sangat seksi ketika rap dan menyanyi malah cukup menghiburkan bila ketawa.

B.A.P BANG YONG GUK

Foto - Gurupop
Foto – Gurupop