Kesihatan, Tips - Kesihatan

5 Tanda Cermin Mata Anda Perlu Ganti Pada Yang Baru

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
5 Tanda Cermin Mata Anda Perlu Ganti Pada Yang Baru

Bila kali terakhir anda mengantikan cermin mata anda? Mesti ada yang dah lupa kan? Ini lah masalah yang dihadapi kebanyakan si rabun. Menukar ganti cermin mata kepada yang baru tidaklah susah pun, apa yang anda perlu buat hanyalah singgah ke pusat optik untuk membuat ujian mata dan memilih gaya bingkai cermin. Siap! 

IKLAN

Pada anda yang masih tidak tahu saat yang tepat untuk menukar ‘mata kedua’ anda itu, nah ini 5 tanda mata anda memerlukan peneman yang baharu:-

1) Mata terasa sakit seperti kekejangan – mata ialah lensa yang mempunyai kuasa fokus untuk melihat objek dari jauh atau dekat. Jika anda pemakai cermin mata, sudah tentu mata anda memerlukan lensa yang tepat untuk melihat. Kalau anda memakai lensa yang salah, otot mata anda terpaksa bekerja lebih dan menyebabkan rasa tidak selesa. 

Foto - SAYS.com
Foto – SAYS.com

2) Kerap sakit kepala – mata yang kerap memberi tumpuan kebiasaanya akan berasa tidak selesa. bukan sahaja anda merasa sakit dibahagian mata, kepala anda juga menjadi mangsa. Jadi tukarkan kepada cermin mata yang baru jika sakit kepala mula menganggu aktiviti harian anda.

3) Mengecilkan mata – dah pakai cermin mata pun anda masih mengecilkan mata anda untuk melihat objek jarak jauh. Tapi tahukah anda, jika anda selalu mengamalkan tabiat tersebut lama-kelamaan rabun mata anda makin naik dan sakit kepala pun boleh berlaku. 

Foto - MadameNoire
Foto – MadameNoire

4) Tidak boleh kawal dengan cahaya dan silau – anda mungkin akan mengalami masalah dengan cahaya dari televisyen, komputer atau telefon pintar. Kalau boleh, anda ingin tetapkan cahaya yang paling malap kerana anda mula merasai mata anda tidak dapat silau cahaya tersebut. Sama juga bila berada diluar, anda sukar melihat kerana silau dari cahaya matahari.

5) Mengalami ketidakselesaan perut atau loya – fakta yang tidak ramai tahu, dua pasang mata ini dicipta untuk melihat imej yang jelas. Jika mata yang sebelah kabur, otak akan menerima dua imej yang berbeza dan ia boleh menjadi penyebab rasa ketidakselesaan. 

Ada tak tanda-tanda ini pada mata anda? Kalau ada, cepat ke pusat optik untuk pemeriksaan mata! 

SUMBER 

IKLAN