Fesyen

Ramalan Wanista: Fesyen Bagaimana Bakal Hangat Untuk Tahun 2017?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ramalan Wanista: Fesyen Bagaimana Bakal Hangat Untuk Tahun 2017?

Fesyen dan pembawakan gaya pemakaian sering berubah mengikut peredaran zaman, namun jangan pula ada yang terkejut kerana gaya retro dan 90an seperti penggayaan mini skirt, choker serta seluar yang berperincian kembang (bell bottom) umpanya dilihat telah kembali menjadi idaman para fashionista.

IKLAN
Sumber: Tumblr
Helaian yang diperbuat dari fabrik baldu sangat popular tahun lepas. Sumber: Tumblr

BACA: #TRENDING 10 FESYEN PALING POPULAR DI INSTAGRAM TAHUN 2016

Khas buat anda yang mengagumi fesyen, cuba amati senarai 10 trend yang Wanista ramalkan bakal hangat untuk tahun ini.

#BoldEarrings

Pemakaian anting-anting sudah sebati dalam diri wanita. Ini mungkin pemakaiannya lebih ringkas berbanding untuk menyurungkan lantai berloket mahupun gelang yang berselirat ditangan. Ya, gadis bertudung pun sudah pandai menggayakan anting-anting meskipun perlu menutup bahagaian teliga dengan selendang yang dililit kemas pada kepala dan bahagian sisi muka. 

Sumber: Tumblr
Sumber: Tumblr

Wanista ramal… Anting-anting dengan rekaan menonjol dan bersaiz besar akan menjadi kegilaan para fashionista! Mulai dari hari ini, beli dan kumpul pelbagai jenis anting-anting menarik yang boleh dibeli dari kedai-kedai aksesori terkemuka. 

#SlingBag

Tahun ni tak perlu susah-susah bawa beg tangan besar kehulu-kehilir.

Sumber: Vogue
Sumber: Vogue

Wanista ramal… Beg silang betali panjang dan pouch telefon akan menjadi gaya beg tangan terbaru! Lagi kecil, lagi bagus! 

IKLAN

#Pink

Opss! Dengar kata warna merah jambu adalah warna “nude” yang baru.

Sumber: Cosmopolitan
Sumber: Cosmopolitan

Wanista ramal… Selamat tinggal warna ‘kulit’ dan selamat datang warna kegemaran Barbie! Nicki Minaj mesti suka ni :P

#StatementSleeves

Bila pilih baju mesti kena buat keputusan sama ada nak pakai baju berlengan ataupun tidak.

Sumber: buro247.sg
Sumber: buro247.sg

Wanista ramal… Fesyen dengan lengan perincian pasti akan menjadi rebutan! Tak kisahlah lengan baju tersebut dihiasi sulaman, rambu-ramba, jahitan manik, mahupun potongan kembang dan gelembung seperti dalam foto di atas, asalkan sahaja ia lain dari yang lain, itu adalah pilihan paling bergaya sepanjang 2017!

#SloganTop

Biarpun orang kata, “Actions speak louder than words”.

Sumber: Tumblr
Sumber: Tumblr

Wanista ramal… Baju-T yang dihiasi tulisan, ucapan serta “quotes” akan mengubah norma dan tradisi Printed T-Shirts menggantikan logo.

#LoudStripes

Tahun sudah, cetakan ‘garang’ sering mendapat perhatian para pereka terkemuka. Tahun ini?

stripes
Sumber: Pinterest

Wanista ramal… Masih lagi mengekalkan ideologi cetakan tetapi telah diubah untuk lebih memanfaatkan corak jenis lurus berjalur. Mendatar mahupun melintang, ternyata ia mampu memberi dimensi baru kepada trend fesyen semasa.

#Mules

Oleh sebab wanita masa kini gemarkan gaya yang praktikal…

Sumber: pinterest
Sumber: pinterest

Wanista ramal… tumit tinggi jenis sarung (mules shoes) ini lebih bertepatan dengan gaya harian wanita umum. Mudah untuk digayakan dan dipadankan dengan apa jua identiti yang dibawakan! 

#MessyEyebrows

Untungnya selebriti dan model seperti Elfira Loy, Lily Collins, Gigi Hadid, Cara Delevingne dan Taylor Hill!

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Wanista ramal… Makin tebal dan tidak terurus kening anda, bermakna makin cantiklah kening itu! Messy brows dijangka akan menjadi trend solekan untuk tahun 2017. Jadi anda-anda yang diluar sana tu tak perlu cukur atau ukir nipis kening seperti selalu. Tiada lagi “brows on fleek”!

#Khakis

Asyik jeans, jeans, jeans. Hari-hari pakai jeans. Setiap tahun pakai jeans. BOSAN

sumber: Pinterest
sumber: Pinterest

Wanista ramal… Khakis bakal menjadi pengganti jeans! Seluar jenis khakis sebegini akan menjadi hit sepanjang tahun 2017! Tak salah bersifat boyish. Tetapi jika anda cukup bijak, seluar ala lelaki ini pun sebenarnya boleh diterap dengan nilai feminin. 

#EmbellishedCrocs

Ramai anggap crocs adalah kasut yang paling tidak glamor. Siapa kata?

9
Sumber: Popsugar

Wanista ramal… kasut yang paling ‘buruk’ ni lah yang akan jadi antara kasut paling popular untuk tahun 2017. Unik bukan? Lagi nampak berkelas bila ia dihias dengan “semi-precious stone” seperti rekaan yang dipersembahkan ketika pertunjukan koleksi fesyen Christopher Kane untuk musim bunga/luruh 2017.

Ha, dah tahu gaya fesyen bagaimana yang akan popular? Boleh mula kumpul item-item fesyen yang seumpamanya. Janganlah sampai ada orang gelar anda ‘ketinggalan zaman’ pula gara-gara tidak bergerak seiring dengan ikutan fesyen terkini :)

Selamat beramal!

RUJUKAN