Anda bukan lah gadis yang ‘garang’ dalam menampilkan sesebuah gaya, cukuplah memenuhi kehendak untuk kelihatan elok dan cantik dimata anda sendiri. Tapi anda juga bukan lah gadis yang ketinggalan zaman, pasti anda tahu kini kanta lekap berwarna menjadi trend anak gadis yang lain.
Kanta lekap sudah menjadi aksesori wajib bagi sesetengah orang, bagi yang berani ada yang matanya kadang-kadang berwarna biru, merah jambu malah merah pun ada! Seeloknya biarlah penampilan itu kena pada tempatnya, lagikan pada mata kerana dari mata turun ke hati.
Pada anda yang masih lagi rungsing, keliru dengan pemilihan warna kanta lekap. Tepat masanya ada di Wanista.com, mari kita belajar cara-cara memilih warna kanta lekap bersesuaian dengan tona kulit anda. Jadi tidak lah nampak pelik bila anda mengayakannya.
Tona Kulit: Cerah/Pucat
Jika anda si kulit putih atau cerah, beruntunglah kerana anda tidak usah berasa beragu-ragu untuk mengayakan warna kanta lekap yang terang. Warna kanta lekap seperti biru, violet atau ungu dan warna hazel paling sesuai untuk anda.
BACA: TIPS PENJAGAAN KANTA LEKAP
Tona Kulit: Kuning Langsat/Sawo Matang
Kebanyakan orang Malaysia memiliki warna kulit sebegini, jadi apa yang sesuai dengan kita warna-warna yang senada dengan warna kulit seperti coklat, hazel, hijau dan kelabu. Elakkan memakai warna kanta lekap untuk si kulit cerah.
BACA: INFO TENTANG KANTA LEKAP YANG PERLU ANDA TAHU
Tona Kulit: Gelap/Hitam Manis
Siapa kata anda si hitam manis tidak boleh mengayakan warna-warna mata terang? Anda silap! Mereka yang memiliki tona kulit sawo matang atau hitam lebih senang mencari warna kanta lekap. Coklat, hazel, hijau, kelabu malah warna violet pun boleh!