Sempena Tahun Baru Cina, Lazada Malaysia memperkenalkan Oriental Pavilion, sebuah laman tersendiri di Lazada kepada para pengguna di Malaysia untuk membeli-belah barangan dari jenama-jenama terkemuka dari China.
Oriental Pavilion adalah salah sebuah inisiatif Lazada untuk memperkenalkan jenama-jenama China dari TMall, sebuah pelantar runcit dalam talian China paling berjaya yang dikendalikan oleh Alibaba Group. Sehingga hari ini, 16 jenama termasuklah Semir, QCY, Bluedio dan Puppyoo telah berdaftar secara eksklusif bersama Lazada Malaysia.
Pelancaran Oriental Pavilion berbetulan dengan kempen Tahun Baru Cina Lazada yang bertemakan “Deals Louder than Roosters” yang akan berlangsung dari 17 hingga 19 Januari 2017. Bersama Oriental Pavilion, para pelanggan boleh membeli-belah dengan tawaran tebaik dari jenama-jenama seperti JBL, Tesco, Lifebuoy dan jenama-jenama lain termasuklah L’oreal Paris, Focus Point, Samsung, Tefal, Senheng, Philips dan Bosch – dan menikmati diskaun sehingga 88%.
Sepanjang kempen ini berlangsung, Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan jenama – para pelanggan berpeluang untuk memenangi produk-produk JBL dan Harman Kardon yang bernilai RM15, 000 dan baucar dari Tesco apabila Roda “Ong Mali” diputarkan di Lazada.com.my.
Untuk makumat lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran menarik ini, sila layari http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/