Saban tahun, Pavilion Kuala Lumpur tidak pernah gagal untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang penuh bermakna. Hiasan di setiap pelusuk ruang dalaman pusat membeli-belah itu ceria dihiasi dengan rona pelbagai termasuklah motif-motif keperayaan yang bertepatan dengan tradisi sambutan perayaan itu.
Sebagai permulaan tahun 2017 seiring Tahun Baru Cina yang jatuh pada penghujung bulan Januari, Pavilion tidak lokek menarik kehadiran pengunjung dengan seleksi aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama atau bangsa.
Bertemakan “The Rise to Opulence” menggambarkan signifikan kebangkitan semangat yang penuh azam dan keberanian bersempena tahun ayam, jangan ketinggalan untuk berjalan di bawah replika Burung Phoenix paling besar. Burung tersebut adalah merupakan jelmaan ayam jantan, simbolik melambangkan kecantikan serta kemegahan.
Turut hadir ketika majlis pelancaran sambutan Tahun Baru Cina di Pavilion Kuala Lumpur adalah YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan, Puan Sri Cindy Lim, Datuk Lee Tuck foo dan Dato’ Joyce Yap.
Rasai suasana ajaib seolah berada di bumi Tembok Besar China apabila berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur dari sekarang hingga 12 Februari 2017. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang hari menjelang 28 Januari ini termasuklah peluang untuk dapatkan sampul duit edisi terhad Prosperity Ang Pow apabila membeli-belah sambil menderma di gerai khas sebanyak RM300 dalam satu resit, Bukan itu sahaja, pemegang kad UnionPay pula bisa menebus hadiah berupa TWG Tea apabila berbelanja sebanyak RM800!
Pengunjung boleh sertai peraduan anjuran Sunsilk dengan mengambil gambar paling menarik bersama botol Sunsilk 3D yang ada di hadapan pintu masuk utama Pavilion. Muat naik gambar tersebut di Facebook mahupun Instagram untuk menang hadiah menakjubkan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com