Dekorasi, Info Menarik

Syoknya Tidur! 10 Sofa Mesti Anda Miliki di Rumah (Gambar)

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Syoknya Tidur! 10 Sofa Mesti Anda Miliki di Rumah (Gambar)

Duduk menonton filem dan drama kegemaran dan bersantai bersama orang tersayang malah keluarga, merupakan salah satu keindahan hidup yang begitu mudah untuk dinikmati.

Disebabkan itu, beberapa pilihan sofa lembut, empuk dan selesa ini penting ada di dalam kediaman anda, apabila anda berpeluang untuk duduk dan berehat, tiada masalah lain yang akan memeningkan kepala, anda dapat bermalasan pada bila-bila masa sahaja.

Berikut adalah 10 pilihan perabot yang mesti anda miliki di rumah.

#1 Free Hug Sofa

Ya ampun, kenapa best sangat sofa ni? Sofa ini mampu membuatkan anda rasa selamat dan hangat sentiasa. Tak keluar rumah pun tak apa.

Foto - www.simplemost.com
Foto – www.simplemost.com

#2 Faux Fur Accent Chair

Ingat selipar je ada bulu. Lihat sofa ini pun ada bulu, memang tak bangun kalau dah duduk.

Foto - www.simplemost.com
Foto – www.simplemost.com

#3 Inchworm

Kusyen ini sedia membalut anda apabila anda berbaring, menjadikannya tempat yang selesa untuk membaca buku atau sekadar berehat.

Foto - www.simplemost.com
Foto – www.simplemost.com

#4 Hanging Cocoons

Siapa kata anda hanya mendapatkan keselesaan hanya berada di dalam rumah? Khemah gantung ini mampu membuatkan anda diulit mimpi jika anda bermalasan di situ.

Foto - www.simplemost.com
Foto – www.simplemost.com

#5 Seatcraft Cuddle Seat

Hujung minggu terasa nak menonton filem dan drama di rumah, sofa ini terbaik buat anda. Disebabkan terlalu selesa, anda boleh terus tidur di situ. Good Night!

Foto - www.simplemost.com
Foto – www.simplemost.com

#6 Papasan Chair

Jika anda ada kerusi rotan atau kayu di rumah, anda boleh DIY sahaja. Hanya beli sofa yang empuk sahaja untuk dialas di atasnya.

Foto - Google Image
Foto – Google Image

#7 Cradle Seat

Cradle seat yang dibuat khas untuk dewasa. Sofa kayu ini bukan sahaja menerapkan nilai estetika tetapi ia juga sangat selesa. Bayangkan anda membaca buku, tak sampai berapa minit mesti terus tidur sebab terlalu empuk.

Foto - Google Image
Foto – Google Image

#8 Daybed Cushion

Jika anda memerlukan tempat yang paling sesuai untuk tidur, anda boleh nikmatinya dengan daybed cushion ini. Ia sesuai dijadikan sofa dan pada masa yang sama mengubahnya menjadi tempat istirehat anda sendiri.

Foto - Google Image
Foto – Google Image

#9 Sling Chair

Sekadar ingin beristirehat, sling chair dari kulit ini selesa untuk anda.

Foto - www.simplemost.com
Foto – www.simplemost.com

#10 Baby Relax Double Rocker

Baby Relax Double Rocker membolehkan anda untuk berehat dengan selesa sambil menikmati masa yang berkualiti dengan anak-anak anda.

Foto - Google Image
Foto – Google Image

Best tak semua pilihan sofa ini? Yang mana paling anda inginkan?

SUMBER

Komen Anda