Acara, Makanan

Kenny Rogers Tawar Beli 1 Percuma 1 Hidangan Roasters Eating Day Sehingga Esok!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kenny Rogers Tawar Beli 1 Percuma 1 Hidangan Roasters Eating Day Sehingga Esok!

Untuk pengetahuan semua, Roasters Eating Day atau RED adalah acara tahunan yang akan dianjurkan oleh cawangan Kenny Rogers Roaster seluruh dunia pada setiap hari Selasa kedua pada bulan Januari bersempena sambutan tahun baru.

Seiring dengan tujuan utama Kenny Rogers Roaster yang mahu menyediakan makanan enak sihat yang terdiri dari menu utama ayam panggang, pengunjung atau pelanggan berpeluang untuk menikmati hidangan Kenny Roagers Roasters secara berganda dalam tempoh tiga hari ini.

Foto - Arkib Wanista
Contoh e-voucher RED yang dimuat turun dari laman facebook rasmi Kenny Rogers Roasters. Foto – Arkib Wanista

Bermula dari 11 hingga 13 Januari, kunjungi mana-mana cawangan restoran yang berdekatan untuk menyertai kemeriahan RED! Anda hanya perlu menunjukkan e-voucher RED yang dimuat turun dari laman Facebook rasmi Kenny Rogers ROASTERS pada kakitangan restoran yang kemudiannya membolehkan anda mendapat satu lagi hidangan lengkap RED Hot Meal percuma apabila memesan 1 set hidangan istimewa RED Hot Meal yang terdiri dari ayam panggang, kentang lenyek berkrim, sayur campuran coleslaw, kacang panggang bersos serta mufin vanila!

Berikutan acara tahunan itu, ini adalah merupakan salah satu inisiatif untuk pihak Kenny Rogers Roasters mempromosikan gaya hidup sihat merujuk kepada budaya memakan makanan yang merangkumi diet stabil.

Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama Kenny Rogers Roasters Malaysia juga ada memperkenalkan beberapa siri kad KRR Timeless Treasure dengan rekaan terbaharu yang memanfaatkan cetakan permainan tradisional seperti Wau Bulan, Congkak, Takraw dan Gasing. Anda yang berminat boleh mula membeli kad tersebut bermula hari ini di kaunter-kaunter restoran Kenny Rogers seluruh Malaysia.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Jangan ketinggalan, pemilik kad KRR Timeless Treasure boleh menikmati banyak faedah termasuklah berpeluang untuk mendapatkan hadiah menarik istimewa dari Kenny Rogers apabila menyertai peraduan kongsi dan menang Timeless Treasure! Anda hanya perlu merakam foto yang menggambarkan kenangan manis anda yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil bersama dengan kad KRR Timeless Treasure (mungkin gambar anda bermaian permainan tradisional) dan memuat nak foto tersebut di Facebook atau Instagram yang disertai hashtag #KRRTimelessTreasure. Empat penyertaan dengan kapsyen paling kreatif akan terpilih sebagai pemenang!

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.krr.com.my atau lawat laman Facebook [www.facebook.com/krrmalaysia] dan Instagram KRR Malaysia [www.instagram.com/krrmalaysia]. 

Komen Anda