Berita & Isu Semasa

Ucapan Terakhir Obama Buat Ramai Menitis Air Mata

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ucapan Terakhir Obama Buat Ramai Menitis Air Mata

Sejak beberapa hari lalu, Hashtag #ObamaFarewell mula trending di platform media sosial berikutan ucapan terakhir yang dibuat Presiden Amerika Syarikat yang disayangi ramai, Barack Obama di Chicago semalam.

Donald Trump dijangka mengambil alih Rumah Putih pada 20 Januari depan sekaligus memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Ucapan yang dibuat Obama mendapat pujian netizen terutama saat beliau menyentuh perihal diskriminasi terhadap Muslim dan isu-isu minoriti.

Obama menyebut kenyataan bahawa dirinya menolak tegas diskriminasi ke atas para Muslim Amerika kerana mereka juga adalah rakyat yang cintakan negara sama seperti rakyatnya yang lain.

Kata beliau lagi, perubahan dalam negara hanya bisa berlaku apabila keseluruhan populariti dapat melibatkan diri, berhubung dan bersatu dalam melakukan perubahan.

Tonton Video Ucapan Terakhir Barack Obama Untuk Rakyat Dan Penyokongnya 

Ramai yang bakal merindui pemimpin itu dan berpendapat bahawa Obama adalah seorang insan yang berbudi bahasa, berkarisma dan sangat peramah sepanjang kerjaya beliau sebagai ‘penjaga negara’.

Ucapan yang dilakukannya tempoh hari adalah sesuatu yang penuh makna dan merupakan ucapan seorang presiden yang berkaliber.

https://twitter.com/NdiiDavid/status/819262261898473472

SUMBER

Komen Anda