Hiburan

Haha Hampir Lumpuh Ketika Jalani Pengambaran Running Man

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Haha Hampir Lumpuh Ketika Jalani Pengambaran Running Man

Dilaporkan, salah seorang ahli program realiti TV Running Man, Haha mendedahkan hampir lumpuh ketika menjalani penggambaran Running Man dan Infinite Challenge.

HaHa memberitahu,  tahap kesihatannya semakin menurun sejak menjalani penggambaran yang lama untuk dua program realiti tersebut.

“Semasa menjalani penggambaran saya pernah mengalami masalah sakit tulang belakang (Spinal disc) yang menggangu prestasi saya. 

“Akibat daripada masalah yang dihadapi, saya harus untuk meneruskan juga penggambaran kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada penggambaran dan rakan selebriti yang lain.

“Doktor yang merawat saya juga pernah berkata bahawa kecederaan yang dihadapi itu boleh mengakibatkan saya lumpuh,” katanya.

Menurut Haha lagi, dia juga mendedahkan bahawa terdapat juga dua lagi hos Running Man iaitu Yoo Jae Suk dan Gary juga pernah mengalami kecederaan yang serius.

Tambahnya lagi, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menjalani rawatan dalam tempoh yang panjang dan pihak produksi akan memotong babak itu.

‘Sebenarnya orang ramai tidak tahu mengenai kesakitan yang dialami oleh para peserta kerana kecederaan yang di alami tidak akan ditayangkan di televisyen,” ujarnya.

 Program hiburan ini akan tamat siaran pada Februari 2017.

SUMBER

Komen Anda