Gossip, Gossip Tempatan, Hiburan

Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Ada Apa-Apa Ke?

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Ada Apa-Apa Ke?

Pasti ramai yang sedar kemesraan diantara pelawak, Jep (Sepahtu) dan aktres jelita Sari Yanti. Lagi-lagi yang mengikuti perkembangan mereka di laman Instagram, ada sahaja kapsyen-kapsyen sweet dimuat naik. Rata-rata peminat pula seolah-olah tahu tentang maksud disebalik kapsyen tersebut dan meninggalkan komen merestui perhubungan mereka sekiranya kedua-duanya bercinta. 

Tidak mengulas panjang Jep mengakui dia selesa berkawan dengan Sari Yanti, biarpun belum mampu untuk meletakkan perhubungan berkenaan pada tahap tertentu.

Jep atau nama penuhnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, bagaimanapun, tidak tahu untuk menilai atau pada tahap mana ‘persahabatan’ terbabit boleh diletakkan berikutan kedua-duanya belum mengisytiharkan apakah ia sekadar sahabat atau lebih daripada itu.

“Apabila saya berkawan dengannya (Sari Yanti), semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing.

“Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya. Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya.

Sementara itu, Jep berkata beliau enggan melihat kisah mereka diperbesarkan memandangkan keakraban itu masih lagi baharu. Malah, kedua-duanya juga jarang berjumpa kerana komitmen kerja.

Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Foto - Berita Harian
Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Foto – Berita Harian

Dalam perkembangan lain, Jep kini sibuk dengan rakaman secara langsung Sepahtu Reunion (bagi siaran Astro Warna). Tidak lama lagi, beliau akan tampil pula dengan program bual bicara, Meja Bulat, bersama dua anggota Sepahtu yang lain iaitu Shuib dan Rahim.

Kata Jep, beliau berharap 2017 akan terus menyaksikan kumpulannya itu aktif di bidang seni.

“Ramai yang mahu melihat kami menghasilkan sesuatu yang lebih daripada sebelum ini. Apapun, saya berharap kerjaya Sepahtu masih kekal dengan momentum sebelum ini.

“Jangan turun sudahlah, Kami perlu menjaga amanah orang yang mempercayai bakat kami buat industri seni komedi,” tuturnya.

SUMBER

Komen Anda