Berita & Isu Semasa

Wanita Cuba Seludup Teman Lelaki Dalam Beg Pakaian

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Wanita Cuba Seludup Teman Lelaki Dalam Beg Pakaian

Kerja gila seorang wanita dari Venezuela, Antonieta Robles Saouda, 25, membuat cubaan menyeludup keluar teman lelakinya dari penjara di dalam sebuah bagasi pakaian berwarna merah jambu.

Malangnya cubaan tersebut tidak berjaya kerana menimbulkan keraguan beberapa pengawal penjara apabila melihat dia bergelut dan bersusah payah uuntuk membawa beg tersebut keluar.Β 

Teman lelakinya, Ibrain Jose Vargas Garcia sedang menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun di penjara Jose Antonio Anzoategui, timur laut Venezuela atas kesalahan melakukan rompakan kereta.

Bagasi merah jambu milik . Foto - El Tubazo Digital
Bagasi merah jambu milik Antonieta Robles Saouda. Foto – El Tubazo Digital

Apabila siasatan dilakukan ke atas bagasi pakaian itu mendapati Garcia berada di dalamnya di sebalik beberapa pakaian yang digunakan untuk menyembunyikannya.

Susulan kejadian itu, Garcia dihantar semula ke penjara manakala Saouda ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang kanak-kanak perempuan yang menemani Saouda ketika melawat Garcia dihantar ke pusat kebajikan sementara menunggu siasatan kes itu.

Bagaimanapun identiti kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan anak kepada pasangan tersebut ataupun tidak.

Orang kata kalau dah cinta itu buta, sanggup lakukan apa sahaja.Β 

SUMBER

Komen Anda