Alahai sedapnya kalau dapat makan cucur udang panas-panas yang rangup diluar dan lembut di dalam tu… sambil cicah kuah cili! Perghhh sedap sangat lagi-lagi bila dijadikan menu minum petang.
Cucur udang adalah sejenis hidangan kuih-muih popular orang Melayu lazimnya dibuat menggunakan campuran tepung yang terlebih dahulu diramu dengan udang segar, hirisan kucai dan pelbagai lagi bahan perasa lain.
Sebeleum ni, penulis pernah kongsikan lokasi-lokasi best sekitar Malaysia untuk nikmati cendol enak, jadi apa kata kali ni penulis kongsikan pula lokasi terbaik untuk pekena rojak dan cucur udang! Kalau dah terliur tu apa tunggu lagi! Jom lihat gerai yang mana paling berdekatan dengan anda…
BACA: PILIHAN LOKASI UNTUK ‘PEKENA’ CENDOL PALING KAW!
#1 Gerai Pakcik Malik ‘D’ Pokok, Sungai Buloh
Yup! Mungkin bagi anda, cucur udang ini nampak biasa, kosong dan tawar. Tapi sebaik sahaja anda menyuapnya ke dalam mulut, ha… mesti anda akan pejam mata punya lah!
Ini adalah salah satu cucur udang keegmaran penulis. Sumpah tekstur cucur sangat lembut dan empuk, bila dicicah dengan kuah kacang berlemak tu lagi umphhh rasa dia!
https://www.instagram.com/p/BLfVzdZDIqz/?taken-at=281177697
Selain cucur udang, apa popular di sini juga adalah hidangan laksanya. Kuah laksanya memang berasa dan pekat manakala mee laksa itu sendiri memang asli sebab dibuat sendiri.
https://www.instagram.com/p/BOq5m8IFWzG/?taken-at=281177697
Penulis tak nak cakap banyak, anda kena datang sini sendiri. Gerai ni akan penuh pada waktu minum petang dek kerana suasana santainya sangat menyamankan lebih-lebih lagi gerai ni memang berlokasi di bawah pohon rimbun.
Alamat: Simpang Jalan Kampung Melayu Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
No. Tel: 019-610 1094
Waktu Beroperasi: –
#2 Mat Cucur Udang White Place, Kedah
Tak sah rasanya kalau pergi Alor Setar jika tak singgah ke gerai yang jual cucur udang terkenal ni dahulu.
Orang kata, perniagaan cucur udang di sini sudah bertahan lebih berpuluh tahun! Jadi maksudnya memang sedap lah cerita dia kan? Ia mungkin berasaskan resepi turun-temurun yang eksklusif. Wahhh
Jadi apa tunggu lagi, jom ramai-ramai pekena cucur udang kat sini! Teringin juga nak rasa kuah cicahan istimewa yang orang asyik canangkan tu 🙂
Alamat: Cucur Udang White Palace, Gerai Taman PKNK, Alor Setar, Kedah, Malaysia
No. Tel: –
Waktu Beroperasi: 4pm – 11pm setiap hari
#3 Cucur Udang Alor Gajah, Melaka
Nama pun medan selera, memanglah banyak pilihan makanan menarik kat sini.
Terletak di gerai nombor 1, Medan Selera Alor Gajah. Jangan terkejut andainya ramai yang beratur semata-mata untuk membungkus atau menikmati rojak yang turut dikenali sebagai Rojak Menggong.
Lain daripada yang lain, dah cuba sekali mesti nak lagi lepas tu! Saiz hidangan yang disedikan memanglah banyak, puas jika makan beramai-ramai seperti bersama dengan keluarga atau kenalan rapat.
Kalau nak tahu apa yang ‘berhantu’ sangat dengan Cucur Udang dan Rojak di sini, anda kenalah cuba sendiri okay?!
Alamat: Medan Selera Pasar Menggong, Jalan Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
No. Tel: –
Waktu Beroperasi: 11am – 6pm setiap hari
#4 Restoran Mee Udang D’Tanjung, Batu Caves
Tengok je lah gambar Mee Udang tu, kecur air liur dibuatnya!
Ha… kedai ni memang popular untuk hidangan mee udangnya yang kaw, tapi bila dah singgah sini, jangan lupa pula untuk pesan cucur udang sebab hidangan cucur atau kuih undang kat sini sedap sangat! Garing dan penbuh dengan inti enak!
Selain Mee Udang dan Cucur Udang, ada juga dihidangkan makanan Melayu lain seperti Rendang Tok, Pasembor, Char Kuey Teow, lauk pauk makan tengah hari, sarapan dan banyak lagi!
Cucur udang dicicah pula dengan kuah pedas berkacang tu. Perghhh! Balik kerja ni memang terus cari!
Alamat: 53, Jalan SM3, Taman Sunway Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor
No. Tel: 019 – 261 1000 / 019 – 356 3566 / 012 – 339 7039
Waktu Beroperasi: Isnin – Sabtu (8am – 11pm)
#5 Hussain Pasembur
Bila dah penat bersiar-siar di lokasi kunjungan popular sekitar Padang Kota di Pulau Pinang tu, mesti perut pun akan jadi lapar serta-merta betul tak?
Apa kata demi memenuhi selera tekak orang Melayu anda tu, jom singgah ke gerai Hussain Pasembur yang ada jual aneka ramuan Pasembur dari kek ikan, tauhu, mee, telur rebus bersalut tepung garing dan cucur udang yang pastinya akan buat anda jatuh hati!
Kalau tak mahu makan Pasembur sekali pun, anda mungkin akan teringin untuk cuba Mee Sotong yang ‘terbaik’ ni!
Alamat: Medan Renong, 29, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
No. Tel: 019 – 477 5786
Waktu Beroperasi: 12pm – 1 atau 2am setiap hari