Hiburan, Info Menarik

Trend Lelaki Pose Dahi Berkerut, Adakah Ini Taktik Tunjuk Macho?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Trend Lelaki Pose Dahi Berkerut, Adakah Ini Taktik Tunjuk Macho?

Wanista perasan lelaki masa kini gemar bergambar dengan satu pose yang menyebabkan kita berfikir, apakah dimaksudkan disebalik pose ini. Pose ‘Dahi Berkerut’ – nama gelaran yang Wanista beri sendiri. Tidak tahu lah kenapa, setiap kali melihat muka hadapan kebanyakan majalah lelaki pasti ada sahaja selebriti lelaki menampilkan air muka seperti berfikir atau menahan sakit. 

IKLAN

Adakah ini cara untuk kelihatan macho, biasanya orang akan kaitkan lelaki yang serius adalah lelaki yang macho. Tapi bagi Wanista untuk mengambarkan anda seorang yang macho, tidak perlu lah sampai mengerutkan dahi itu sampai yang melihat pun turut berkerut. Hahaha. 

Kalau anda tak percaya, lihat 20 muka hadapan majalah yang Wanista kumpulkan dengan pose kerutan dahi aktor-aktor kacak dari pelusuk dunia. 

Amaran: Dahi anda mungkin akan berkerut juga! 

#1 Benedict Cumberbatch – wajahnya seolah-olah tidak mempercayai yang anda pandai memasak

benedict-cumberbatch

#2 Daniel Henney – mungkin dia merenung jauh memikirkan soal jodoh 

daniel-henney

#3 Hrithik Roshan – adakah abang ini sedang membuat cubaan simpati? (ok, cair) 

IKLAN

hrithik-roshan

#4 Fattah Amin – bila Fattah dengar anda sebut nama Neelofa :P

fattah-amin

#5 Justin Bieber – renungan yang betul-betul masuk ke dalam jiwa

justin-bieber

#6 Gong Yoo – bila si dia nak cuba jadi serius dan comel dalam satu masa yang sama 

gong-yoo-marie-claire-jul-2016

#7 Shahrukh Khan – cubaan mengorat anda disebalik baju hoodie miliknya 

shahrukh-khan

#8 Keith Foo – okay yang ini memang seksi habis 

keith-foo

#9 Jamie Dornan – “saya lapar, cepat lah masak” 

jamie-dornan

#10 Matt Bomer – bila nampak crush lalu 

matt-bomer

#11 Idris Elba – seksi dan serius, siapa sangka Idris mampu tonjolkan dua gaya dalam satu gambar

idris-elba

#12 Ajay Devgan – ini muka bila teman lelaki anda dengar anda cakap “harini, I diet” 

Ajay Devgan on GQ Magazine Cover Page

#13 Aeril Zafril – serius sangat, kita pun takut nak tegur 

931207_542772772432496_49662264_n

#14 So Ji Sub – sejuk sangat ke di Korea sekarang? 

so-ji-sub

#15 Brad Pitt – kalau nama pun Brad Pitt, buat lah macam mana pun tetap kacak 

brad-pitt

#16 Samuel L Jackson – bila bos anda tahu anda suka layari Facebook di pejabat 

samuel-l-jackson-december-2015-cover-british-gq

#17 Michael B. Jordan – “eh betul ke, you single lagi?”

michael-b-jordan-vibe-cover-640x836

#18 Ryan Gosling – kalau ada lelaki renung anda seperti Ryan masa first date, ketahui lah dia adalah untuk anda

tumblr_o6lia5ytgi1r3o1g6o1_1280

#19 Zac Efron – jika jurulatih gim segagah ini, sekarang juga penulis daftar masuk 

zac-efron

#20 Zayn Malik – bila anda lagi cantik dari Gigi Hadid, Zayn will be like 

zayn-malik

Antara 20 aktor ini, yang mana anda rasa paling melampau pose nya? Bagi Wanista, ia milik Keith Foo, dia punya kerut sampai bibir jadi mungil. Jangan marah Keith :P 

Foto - Make A Gif
Foto – Make A Gif