Apa kata sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama, anda hadiahkan sesuatu yang bermakna untuk diri sendiri. Setelah penat bekerja, tak salah kalau nak manjakan diri, kan?
Coach New York bermaksud ketulenan, inovasi dan relevan. Dengan memberi tumpuan kepada helaian mewah istimewa buat lelaki dan wanita, setiap koleksi Coach New York mengukuhkan kedudukan mereka dalam menghasilkan barangan kulit dan aksesori tersendiri.
Jadi, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih, Coach memperkenalkan koleksi indah Western Rivets dan Canyon Quilt buat lelaki dan wanita.
Koleksi ini direka dengan memenuhi keperluan gaya hidup yang melibatkan diri pelanggan baru melalui sejarah dan warisan, relevan setiap fesyen dan juga duta jenama itu sendiri.
Kedua-dua koleksi Western Rivets dan Canyon Quilt boleh didapati di semua butik Coach seluruh negara.