Berita & Isu Semasa, Cinta & Perhubungan

‘Harus’ Untuk Isteri Tinggalkan Suami Yang Memberi Ancaman -Mufti

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista,Cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay.Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❀️
‘Harus’ Untuk Isteri Tinggalkan Suami Yang Memberi Ancaman -Mufti

Ramai yang tidak jelas berkenaan hak isteri dalam rumah tangga. Justeru untuk pengetahuan semua seperti yang diperjelaskan oleh Mufti, hukum isteri meninggalkan suaminya kerana ancaman dan penderaan termasuklah keganasan domestik adalah jatuh pada hukum harus.

Hal yang demikian telah diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-24 dan 25/2016 pada Disember lepas sekaligus diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), kelmarin.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dalam kalangan masyarakat terdapat isteri yang begitu taat sehingga apabila dia dipukul, anaknya diseksa suami tetapi tidak melarikan diri kerana takut dianggap nusyuz.

BACA: KONSEP NAFKAH: APA YANG SANG SUAMI & ISTERI PERLU TAHU

“Pada asalnya Islam tidak membenarkan isteri keluar dari rumah melainkan mendapat kebenaran suami.

“Namun jika isteri pada tanggapan yang kuat merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau pun hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf syarak, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami,” katanya di sini, semalam.

Katanya lagi, terlalu banyak pandangan yang mengelirukan hari ini mengatakan isteri tetap kena taat pada suami membuatkan ramai wanita jadi takut dan ragu-ragu untuk mencari jalan penyelesaian serta perlindungan yang bertepatan demi membela nasib mereka.

“Isteri diharuskan keluar tanpa izin selepas mendapati tiada penyelesaian serta suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan atau nafkah yang mencukupi.

“Ia tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya,” katanya.

SUMBER

Komen Anda