Kecantikan

Baharu! Solekan Kekal Lama Dengan Rangkaian Mamonde Cotton Veil

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Baharu! Solekan Kekal Lama Dengan Rangkaian Mamonde Cotton Veil

Perempuan mana yang tidak mahu mekap melekat lama pada kulit. Rata-rata masalah yang dihadapi oleh kaum hawa adalah apabila mereka perlu menambah solekan pada wajah saban hari apabila peluh mula membasahi wajah mahupun saat keadaan atau cuaca keliling mempengaruhi ketahanan solekan untuk kekal lebih lama dari waktu yang sepatutnya.

0511-md-0673-%ec%b5%9c%ec%a2%85
Duta Mamonde, Park Shin Hye

Untuk itu, jenama kecantikan dan kosmetik dari Korea Mamonde komited untuk sentiasa memberi jalan solusi terbaik terutamanya buat wanita Asia yang sering butuhkan jalan penyelesaian eksklusif berbeza dari cara para wanita Barat.

Cotton bolls in fall
Pohon Cotton Blossom. Sumber: Tumblr

Mamonde baru-baru ini tampil dengan rangkaian solekan baharu yang digelar Cotton Veil. Melihatkan cuaca di Asia yang agak tidak menentu, solekan sering sahaja risak dan cair, sapuan magis dari cecair pimer serta bedak kompak yang ternyata mampu melindung solekan dari menjadi comot dan hilang saat dihembus angin, dipancar matahari mahupun terkena hujan.

Foto -Arkib Wanista
Untuk hasil kulit yang bersih berseri. [No. 01 Lilac Purple] : RM65. Foto -Arkib Wanista
Sumber -Arkib Wanista
Untuk hasil kulit dengan kemasan sehalus kelopak bunga ros. [No. 02 Beige Rose] : RM65. Sumber -Arkib Wanista
Dua produk dari rangkaian Mamonde Cotton Veil iaitu Mamonde Cotton Veil Primer dengan SPF50+PA+++ dan Mamonde Cotton Veil Powder Pact dirumus menggunakan ekstrak kekabu jenis Cotton Blossom untuk mengelak kehilangan lembapan pada permukaan kulit seterusnya berfungsi untuk memelihara kulit dari faktor-faktor negatif cuaca dan persekitaran. 

Foto -Arkib Wanista
Mamonde Cotton Veil Powder Pact: RM65. Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, tekstur produk adalah tidak melekit mahupun berminyak, malah ia bisa menyerlahkan warna kulit agar lebih cerah dan berseri. Selain mekap tahan lama, kulit juga terpelihara dari serangan kerosakan kulit.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mamondegarden.my atau lawat laman Facebook rasmi Mamonde Malaysia di www.facebook.com/Mamonde.MY

Komen Anda