Berita & Isu Semasa, Cinta & Perhubungan, Hiburan

Sharnaaz & Noor Nabila Nikah 1 Mac Depan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Sharnaaz & Noor Nabila Nikah 1 Mac Depan

Aktor popular Malaysia, Sharnaaz Ahmad akhirnya membuat keputusan muktamad untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangan pilihan hati iaitu kakak kepada selebriti jelitawan Neelofa pada 1 Mac depan.

IKLAN

Khabarnya, pasangan dua sejoli ini bakal mengadakan upacara pernikahan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Lumpur.

Sepakat untuk tidak akan menjalankan majlis pertunangan, pasangan ini bersetuju untuk terus melangsungkan pernikahan.

Sumber: BH Online
Sumber: BH Online

Majlis resepsi sebelah perempuan pula kemudiannya akan diteruskan di sebuah hotel ibu negara pada hari yang berikutnya manakala majlis bertandang bagi pihak lelaki pula dijangka untuk dilangsungkan di Pulau Pinang pada 16 April 2017.

Di majlis pernikahan mereka nanti, Sharnaaz bakal menyerahkan lima dulang hantaran kepada Nabila, manakala Nabila bakal membalas sebanyak tujuh dulang hantaran.

Jumlah wang hantaran yang bakal diberikan oleh Sharnaaz kepada Nabila pula dirahsiakan nilainya.

SUMBER 1 & 2

IKLAN