Kesihatan

Singkirkan Lebihan Wax Dengan Hanya 1 Cucian Untuk Rambut Sihat Menawan

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Singkirkan Lebihan Wax Dengan Hanya 1 Cucian Untuk Rambut Sihat Menawan

Semua sedia maklum, gaya rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti dan kebiasaannya menjadi tarikan pertama yang menangkap perhatian perempuan.

Bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut atau yang sedang popular masa kini, wax rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini!

Sebagai solusi kepada permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan rambut lelaki telah melancarkan Syampu ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System, yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja! Hanya dengan satu cucian, segala lebihan produk penggayaan rambut dapat dibersihkan daripada rambut.

SYAMPU ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya anda mahukan rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari! Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Antikelemumur dan Anti Rambut Gugur.

SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik.

Komen Anda