Fitstar™ by Fitbit melancarkan satu pengalaman aplikasi terbaru yang membantu anda mencapai sasaran kecergasan melalui senaman peribadi yang dipertingkatkan dan perjalanan senaman yang mengikut panduan. Aplikasi Fitstar Personal Trainer ini menampilkan pelbagai senaman dan saranan yang disesuaikan berdasarkan aktiviti Fitstar dan Fitbit® anda.
Panduan dan latihan yang lebih mantap akan membantu anda bersenam dengan lebih bijak dan memanfaatkan ekosistem Fitbit sepenuhnya. Selain itu, anda juga boleh memilih jurulatih-jurulatih baru, penambahan jenis senaman, muzik khas, dan wajah baru aplikasi ini yang memberikan lebih inspirasi.
Fitstar Personal Trainer membolehkan anda bersenam pada bila-bila masa, di mana sahaja, sama ada di rumah atau ketika sibuk dengan video senaman mudah suai yang berubah mengikut peningkatan anda. Aplikasi ini menggunakan maklum balas anda sendiri untuk memastikan setiap rutin dibangunkan berdasarkan tahap kecergasan dan disesuaikan mengikut kekuatan dan stamina anda.
Pengalaman aplikasi Fitstar Personal Trainer yang direka semula merangkumi:
- Senaman yang disarankan: Fitstar akan menyarankan jenis senaman berdasarkan aktiviti harian anda yang dikesan dengan peralatan Fitbit pada tab “Guidance”, memberikan anda panduan kecergasan yang khusus untuk membantu anda mencapai sasaran dengan lebih baik.
- Dua jurulatih peribadi bertauliah: Pilih di antara Adrian dan Lea yang akan membimbing perjalanan kecergasan anda. Anda boleh memilih jurulatih yang memberi lebih motivasi kepada anda dan menukar di antara keduanya apabila anda mahu.
- Radio Fitstar: Sesuaikan muzik senaman anda dengan Radio Fitstar yang menawarkan beberapa stesen muzik popular dari Pop ke Hip Hop untuk memberi semangat ketika bersenam.
- Wajah dan gaya baru: Wajah dan gaya baru yang direka semula memberikan pengalaman senaman yang segar dan bersemangat yang boleh dilihat melalui pelbagai format, dari telefon bimbit hingga TV definisi tinggi yang terkini.
- Lebih banyak jenis gerakan /senaman: Penambahan koleksi senaman baru untuk jenis senaman yang menggunakan berat badan dan kardio bagi setiap tahap kecergasan, dan lebih banyak lagi akan ditambah.
Fitstar Personal Trainer boleh didapati di seluruh dunia sekarang dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis dan Sepanyol. Aplikasi ini boleh diakses dengan Wi-Fi melalui peralatan iOS, telefon Android, dan dalam talian; ia juga berfungsi dengan Chromecast dan Airplay.
- Fitstar Personal Trainer Premium memberi akses tanpa had kepada senaman-senaman yang disesuaikan dan keseluruhan katalog Freestyle dengan RM34.90/sebulan atau RM167.90/setahun.
- Fitstar Personal Trainer Basic memberi akses kepada dua sesi khusus “Get Moving” setiap minggu dan beberapa senaman Freestyle secara percuma.
- Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play, serta boleh diakses dalam talian.