Fesyen

#Trending : 10 Fesyen Paling Popular di Instagram Tahun 2016

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
#Trending : 10 Fesyen Paling Popular di Instagram Tahun 2016

Fesyen 2016 terdapat puluhan trend terkini dan trend yang masih sama, trend yang masih belum menghilang menghiasi malah menjadi pilihan ramai wanita. 

Jadi, Wanista ingin kongsikan beberapa fesyen paling popular malah menjadi pilihan pencinta fesyen dan ianya sering muncul di Instagram sekitar tahun 2016.

Jom semak!

#Gucci Fur Slippers

One of the most wanted sandal in 2016! Sana sini dilihat ramai mengenakan selipas jenis bulu ini. Perincian dengan bulu-bulu dramatik di bahagian luar nampaknya menjadi salah satu daya tarik selipar ini dan menyebabkan ianya trending worlwide.

Foto - Instagram Search Engine
Foto – Instagram Search Engine

#Choker

Kendall Jenner, Gigi Hadid malah ramai bintang Kpop juga memilih rantai leher bertali pendek ini sebagai aksesori tambahan penampilan. Pada pendapat penulis, choker ini hanya sesuai untuk anda yang berleher jinjang, jika anda mempunyai leher pendek, lebih baik jangan kenakan sebarang aksesori di leher.

Foto - Daily Mail
Foto – Daily Mail

#Bomber Jacket

Bomber jacket boleh dikatakan item fesyen wajib yang mesti ada dalam koleksi setiap wanita. Fungsinya yang sangat mudah kerana boleh disuai padan dengan semua jenis personal style. Ada sesiapa yang masih belum memiliki bomber jacket?

Foto - InStyle
Foto – InStyle

#Inspirasi Seluar Sukan

Seluar panjang potongan lebar dengan perincian garis pada tepi seluar ini boleh dikatakan fashion must have item untuk para para pencinta fesyen di Instagram. Sebenarnya seluar jenis ini tidak jauh beza dengan tracksuit sukan anda!

Foto - Mirror
Foto – Mirror

#Off-Shoulder

Kenapa orang sukakannya? Ianya memberikan penampilan yang seksi walaupun anda bergaya ringkas.

Foto - www.fimela.com
Foto – www.fimela.com

#Reworked Jeans

Tolak tepi skinny jeans kerana reworked jeans lebih diminati pencinta fesyen. Seluar jeans dengan model yang dibuat semula ini kerap kali dipakai Kendall Jenner.

Foto - LaiaMagazine
Foto – LaiaMagazine

#Ruffles Effect

Sebenarnya penulis tidak menggemari dengan fesyen ruffles effect, ianya nampak pening dan kusut. Tetapi itulah antara fesyen popular tahun lepas, demi penampilan yang dramatik, di lengan, bahu, bahkan perut ditonjolkan ruffles untuk memberi statement pada penampilan.

Foto - Pinterest
Foto – Pinterest

#Skirt Berlisu

One of my favorite! Jika dahulu skirt berlisu hanya dipakai ketika zaman 80an hingga 90an. Tapi kini skirt berlisu merupakan trend fesyen sempena musim bunga dan musim luruh 2016.

Foto - Wheretoget
Foto – Wheretoget

#Hoodie

Siapa kata fesyen hoodie sesuai untuk bersukan sahaja? Hoodie boleh sahaja disuai padan dengan jeans untuk kesan yang effortless malah skirt berlisu juga boleh bagi memberi dramatik pada penampilan.

Foto - www.fimela.com
Foto – www.fimela.com

#Kemeja T & Slip Dress

Satu lagi gaya 90-an kembali menjadi trend terhangat tahun ini. Ya, ia cool buat seketika tetapi sekarang ia sudah terlalu overrated. Sudah tidak nampak classy pada fesyen ini.

Foto - FashionTasty.com
Foto – FashionTasty.com

Rujukan : 12

Komen Anda