Dilaporkan seorang lelaki di Vietnam mempunyai alatan pembedahan forsep tertinggal didalam badan sejak 18 tahun lalu. Dia hanya merasa sakit sekali sekala dan klinik memberikan ubat kerana mengesyaki dia mempunyai ulser perut.
Ma Van Nhat, 54, berkata, alatan berkenaan mungkin telah tertinggal dalam abdomen pada tahun 1998 ketika dia menjalani pembedahan kecemasan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Setelah melakukan imbasan X-ray pada tahun lepas, keputusan menunjukkan kerap sakit itu adalah kerana alatan tersebut.
Para doktor berjaya mengeluarkan alatan pembedahan forsep berukuran 6 inci itu yang telah patah dan tersangkut di dalam perutnya.
Alatan itu kemudiannya berjaya dibuang dalam satu siri pembedahan.
Sementara itu, Pengarah Hospital Bac Kan memberitahu VTV, pegawai cuba untuk mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab meninggalkan alatan itu di dalam perut lelaki berkenaan.
“Walaupun mereka mungkin sudah bersara, pihak kami akan tetap memberitahu mereka mengenai perkara ini,” katanya.
“Ini adalah pengajaran untuk semua doktor,” ujarnya.
Kesilapan perubatan bukanlah sesuatu luar biasa di Vietnam.
Sepanjang tahun lalu, terdapat dua kes yang melibatkan kesilapan pembedahan anggota badan dan tiga kes dimana lelaki disahkan mengandung.