Tahun 2016 menyaksikan beberapa fenomena drama Korea melanda bukan sahaja negara kita malah negara luar yang lain. Descendants of the Sun, Goblin, The Legend of the Blue Sea dan Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo – antara drama yang mendapat tempat di hati peminat K-Drama. Bukan sahaja jalan cerita, barisan pelakon malah original soundtrack yang diperdendangkan juga membuat kita langsung tidak boleh move on.
Dari moving ballads ke upbeat hits, setiap track tersebut sangat sesuai dengan mood anda. Bukan itu sahaja, sountrack ini juga telah mendominasi carta di Korea, menewaskan banyak lagu hits semasa Kpop, ada pula yang berjaya mendominasi carta iTunes Malaysia. Penonton dilihat seolah-olah langsung tidak boleh ‘berenggang’ dengan drama ini.
Ini beberapa playlist OST K-Drama wajib ada dalam telefon anda malah bakal buat anda tersenyum seorang diri. Siapalah agaknya itu?
1. Everytime oleh Chen x Punch – Descendants of the Sun
Jika anda adalah sebahagian daripada jutaan orang yang sudah terpaut dengan drama ini, maka sudah tentu anda biasa dengan kekuatan vokal serta emosi Chen dan Punch dalam lagu Everytime. Ianya membuatkan anda turut tersenyum sendirian, lebih-lebih lagi bila membayangkan saat Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bersama.
2. Beautiful oleh Crush – Goblin
Kekuatan vokal Crush yang lembut tersangatlah menusuk dada penulis. Gitewww. Paling hebat OST ini berjaya mendominasi carta di Korea malah di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.
3. A Little Girl oleh Oh Hyuk – Reply 1988
Nah, buat anda semua yang sedang flashback ke masa lalu? Lagu ini membangkitkan memori pahit manis ketika masa lalu, sesuai dengan latar drama ini sekitar tahun 1980-an.
4. My Love oleh Lee Hi – Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo
Best OST ever! Vokalnya benar-benar menusuk jauh ke dalam dada anda! Tak percaya? Cuba dengar!
5. Wait More oleh The Black Skirts – Another Oh Hae Young
Simple tapi cukup menyenangkan! Lagi satu jangan terkejut kerana lirik lagunya tersangatlah sedih.
6. Always oleh Yoon Mirae – Descendants of the Sun
Juga dari drama hit 2016 “Descendants of the Sun”, antara OST yang terbaik mesti anda dengar. This song is really one of a kind!
7. Can You Hear My Heart oleh Lee Hi & Epik High – Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo
Sekali dengar penulis dah jatuh cinta dengan lagu ini, lebih-lebih bahagian chorus yang dibawakan oleh Lee Hi. Vokalnya cukup jelas dan sedap didengar!
8. Stay With Me oleh Chanyeol & Punch – Goblin
Pertama kali dengar terus jatuh cinta. Kenapa? Rentaknya yang cukup segar didengar.
9. No Way oleh Park Yongin & Kwon Soonil – Doctors
Lagu ini mengingatkan penulis pada lagu zaman 90-an.
10. This Love oleh Davichi – Descendants of the Sun
Kesimpulannya kesemua OST Descendants of the Sun tersangatlah best! Sekali dah dengar, anda akan ulang sampailah rasa muak.
Okay, ini antara playlist pilihan penulis, mungkin anda punya berbeza. Kalau ada yang best kongsilah dengan Wanista!