Hiburan

Kim Woo Bin Terkejut Namanya Disebut Dalam Drama Goblin

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kim Woo Bin Terkejut Namanya Disebut Dalam Drama Goblin

Dilaporkan, pelakon kacak Korea, Kim Woo Bin akui terkejut apabila mendapat tahu namanya disebut dalam drama popular, Goblin.

IKLAN

Menurut Kim Woo Bin atau lebih mesra dengan panggilan Woo Bin menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada penulis skrip, Kim Eun Sook kerana memilih namanya untuk menjadi sebahagian kecil drama Goblin.

“Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka Kim Eun Sook pilih nama saya. Bila dapat tahu perkara itu saya terus menghubunginya.

“Sejujurnya saya rasa gembira dan ucapkan terima kasih kepada Eun Sook dan dia membalasnya dengan menyuruh saya belanja makan,” katanya.

Tambah Woo Bin lagi, Eun Suk merupakan penulis skrip bagi drama Heirs yang dibintangi olehnya.

“Boleh dikatakan saya sudah bekerjasama dengan Eun Sook menerusi drama ‘A Gentleman’s Dignity‘ and ‘Heirs’, sejak daripada itu kami sering menghubungi antara satu sama lain.

“Saya rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja bersamanya yang membuatkan ramai orang kenal siapa itu Kim Woo Bin. Dia seorang kakak yang sangat baik dan banyak membantu saya, kalau boleh saya ingin membalas jasanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Woo Bin juga mendedahkan dia adalah peminat nombor satu Goblin dan Running Man.

Goblin telah menjadi fenomena dikalangan peminat drama Korea seluruh dunia sejak ditayangkan pada 2 Disember lalu. Drama tersebut dibintangi oleh Gong Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun, Yoo In Na dan Yook Sung Jae.

IKLAN

SUMBER