Tinggal beberapa bulan lagi sahaja sebelum filem terbaharu Puteri Disney, Beauty and the Beast bakal ditayangkan di pawagan seluruh dunia.
Semalam, heboh dicanang oleh media atas talian berkenaan suara merdu pelakon comel itu berikutan tersebarnya rakaman lagu “Something There” nanyian Emma Watson sendiri. Lagu berkenaan adalah salah satu runut bunyi popular dalam filem animasi klasik yang disertai watak Belle dan Beast itu.
Here's your exclusive first listen of @EmmaWatson singing 'Something There' from Beauty and the Beast. #BeOurGuest pic.twitter.com/AWpcrDmELY
— Beauty and the Beast (@beourguest) December 31, 2016
Keterujaan semakin terasa, filem Beauty and the Beast versi manusia itu dijangka tayang pada 16 Mac depan dengan berkonsepkan magikal dan muzikal.
Babak Nyanyian “Something There” Dalam Filem Animasi Beauty and the Beast
https://www.youtube.com/watch?v=nwZEcdBMLLU
Lagu asal berkenaan adalah lagu duet yang dicipta oleh Alan Menken and Howard Ashman sikitar tahun 1991 dan kini dinyanyikan kembali oleh Emma sebagai Belle bersama Dan Stevens yang memegang watak utama Beast.