Solekan adalah sebahagian dari kehidupan wanita masa kini. Tidak sah andainya tidak menyalit warna-warni pada wajah terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah kan?
Seiring dengan dunia yang serba moden, teknologi sedikit demi sedikit mula memonopoli bidang kecantikan seperti kelahiran alat sapuan bedak asas Pro Edition dari Color Me ini. Ia mampu hasilkan solekan ala ‘airbrush’ yang hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit!
Mudah dibawa dan digunakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan alat solek, inovasi Color Me Foundation Applicator Pro Edition pasti menjadikan waktu solekan lebih bermakna. Ia umpama medium ajaib yang mampu memberi hasil solekan seperti “makeup artist” profesional tanpa perlu berbelanja besar.
Tonton video pengenalan dan cara gunakan Color Me Automatic Foundation Applicator
https://www.youtube.com/watch?v=4yqPMvz7dnI
Eric Jimenez yang juga merupakan seorang jurusolek terkemuka dan pengasas jenama Color Me ini mahu membuka peluang kepada para wanita di luar sana untuk mencipta kembali hasil solekan wajah tanpa cela yang sering dilakukannya.
Ayuh Wanista tunjukkan kepada anda cara-cara menggunakan alat sapuan automatik Pro Edition dari Color Me.
Langkah #1
Berpandukan manual, periksa alat sapuan automatik jika ia benar-benar berfungsi. Cuba baca dan fahami kaedah penggunaan dan cara membersihkannya.
Langkah #2
Sediakan bedak asas kegemaran anda. Tanggalkan penutup alat sapuan supaya mudah untuk anda menuang produk di atas span. Jangan lupa sapu krim pelembap (moisturizer) terlebih dahulu pada keseluruhan wajah sebelum memakai bedak asas (foundation).
Langkah #3
Picit sedikit produk dan sapukan rata menggunakan jari pada sekitar permukaan span rata tersebut. Ini bagi memastikan supaya sapuan produk pada wajah kemudian adalah rata dan tidak bercapuk.
Langkah #4
Seterusnya, picit lagi satu hingga dua pam produk pada permukaan span sebelum memulakan sapuan pada wajah.
Langkah #5
Tarik kertas pelindung bateri dan tekan butang untuk hidupkan alat sapuan tersebut.
Langkah #6
Tenyeh sedikit bedak asas yang ada pada span di bahagian wajah (contoh: di dahi, kedua belah pipi, hidung dan dagu) kemudian gerakkan alat dengan arah menarik. Tak perlu menggosok atau menekan span tersebut ke atas kulit kerana span tersebut akan bergetar sekaligus bertindak meratakan produk dengan rapi sehingga meresap rata ke dalam kulit.
Hasilnya, sapuan menggunakan Color Me Automatic Foundation Applicator Pro Edition ini jadikan kulit nampak halus bak porselin. Tiada lagi masalah bedak bercapuk malah parut dan cela di kulit juga bakal hilang kerana litupan bedak asas adalah begitu sekata!
Jika berminat, anda boleh mula membeli Color Me Automatic Foundation Applicator Pro Edition di mana-mana cawangan butik kecantikan Sephora atau secara atas talian di [www.sephora.my].
Harga yang ditawarkan adalah RM289 seunit dan hadir bersama bateri, satu span universal dan satu span permukaan rata.
Span tersebut boleh ditukar selepas 3 hingga 4 bulan penggunaan (bergantung pada keadaan span) dengan span gantian baru yang ada dijual dengan harga RM40 untuk sepasang [span jenis rata] manakala RM51 untuk sepasang [span universal jenis gelembung].