Cinta & Perhubungan, Tips - Percintaan

Trust Issues! Kenapa Ada Wanita Sukar Percaya Lelaki?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Trust Issues! Kenapa Ada Wanita Sukar Percaya Lelaki?

Bagi Wanista ada dua eleman yang membimbing sesebuah perhubungan bahagia: KOMUNIKASI dan PERCAYA.

IKLAN

Tanpa komunikasi tiada lah kepercayaan, begitu juga sebaliknya. Perkataan percaya mempunyai maksud tersendiri “pegangan, kebenaran, kekuatan terhadap seseorang atau sesuatu”. Nilai kepercayaan sangat kuat dalam hubung kait dengan apa-apa perkara. Bukan sahaja pada perhubungan, malah pada kerjaya, aktiviti seharian dan 

Di zaman alaf baru ini, sudah tidak boleh dikira dengan jari berapa ramai si wanita yang sehingga kini masih menyendiri akibat mempunyai masalah percaya terhadap orang lain. Mereka takut dan sering berasa sangsi pada golongan Adam yang cuba mendekati. Sikap seperti ini menyebabkan orang disekeliling mereka merasa tidak selesa dan bakal menjauh diri. 

Namun ini bukan lah sebab yang disengajakan, pasti ada cerita disebalik kenapa ada sahaja wanita sukar percaya kaum lelaki. Nak tahu kenapa? Ikuti carta dibawah ini:-

Foto - Imgfave
Foto – Imgfave

Trauma dengan kisah silam – ini adalah jawapan yang biasa diberi jika ditanya. Trauma terhadap hubungan yang lalu, mungkin pernah menjalani hubungan yang hambar dan tiada erti setia pada satu sama lain. Jadi untuk melakukannya sekali lagi, ia menjadi perkara serius dan tiada dolak-dalih.

Sukar beri komitmen – bukanlah dia tidak mempercayai sesiapa, cuma apabila datang bab komitmen dalam percintaan ia menjadi sedikit kaget. Tidak tahu bagaimana untuk memegang hati seseorang lagikan memberi  kepercayaan bersama komitmen. Apa yang boleh lakukan, biar masa dan usaha sahaja membuka pintu hati. 

BACA: KATAKAN TIDAK PADA LELAKI YANG BERANI LAKUKAN 14 PERKARA INI TERHADAP ANDA

Foto - A Tree Grows In Bookland
Foto – A Tree Grows In Bookland

Tidak pernah bersama mana-mana lelaki – tidak menjadi pelik, jika dia sukar mempercayai lelaki kerana beliau tidak pernah bersama dengan lelaki selain ayah, abang atau adik lelakinya. Jadi untuk meletakkan rasa percaya pada lelaki asing bukanlah suatu perkara yang mudah! 

Pengalaman hitam keluarga – jangan menghakimi apa yang berlaku dalam hidupnya. Ya, mungkin dia pernah mempunyai ahli keluarga lelaki bertindak tidak bertanggungjawab atau kasar sebelum ini. Menyebabkan hilang rasa percaya pada lelaki, namun ia bukanlah selamanya, jika ditemukan dengan ‘orang betul’ persepsi tersebut bakal pudar.

IKLAN

BACA: TIPS! BAGAIMANA MAHU KESAN SI DIA YANG CURANG 

Rujukan 1 & 2