Wahhh hebat sungguh rekaan Stadium Sultan Ibrahim ini!
Untuk pengetahuan anda, penduduk di Johor khususnya di sekitar kawasan Iskandar Puteri bakal menikmati persekitaran yang baharu apabila Stadium Sultan Ibrahim Larkin mula menghiasi kawasan itu pada 2018.
Apa tidaknya, Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan rekaan unik stadium terbabit menerusi beberapa gambar lakarannya.
Bahkan, tarikh siap kerja pembinaan stadium baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim Larkin akan lewat enam bulan daripada jadual asal pada Januari 2018.
Ini kerana pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pencetus utama pembinaan stadium di Iskandar Puteri itu mahukan perubahan pada kedudukan stadium berkenaan.
“Tunku Ismail mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90 peratus atau 100 peratus menghala ke arah padang bagi memastikan pertumbuhan rumput yang lebih baik.
“Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana Tunku Ismail mahukan stadium baharu itu menjadi stadium yang terbaik di Malaysia,” menurut kenyataannya.