Kecantikan

Lupakan Beauty Blender, Jom Cuba Silicone Makeup Sponge

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Lupakan Beauty Blender, Jom Cuba Silicone Makeup Sponge

Trend kecantikan yang semakin sofistikated dan maju sememangnya dinanti oleh kaum hawa.

Foto - ellahoy.es
Foto – ellahoy.es

Beberapa tahun kebelakangan ini, makeup beauty tools menjadi perkara yang banyak dibicarakan, salah satunya adalah beauty blender.

Beauty blender adalah foundation applicator yang berbentuk seperti telur, dengan menggunakan alat ini anda dapat mengaplikasikan foundation dengan lebih baik sehingga tampak lebih flawless. Sehinggalah baru-baru ini muncul ‘silicone sponge’ yang didakwa mampu membuat foundation lebih merata pada wajah dan jauh lebih jimat berbanding menggunakan beauty blender. 

IKLAN

Another benefit of #silisponge is it works well with cushion foundation. No more wastage! #mollycosmetics

A post shared by M O L L Y C O S M E T I C S (@mollycosmetics) on

Pengeluar make up asal Hong Kong Molly Cosmetics mencipta beauty tools yang unik disebut Silisponge. Benda ini kelihatan seperti implan payudara kecil, namun ternyata sponge makeup yang satu ini mampu membuat foundation lebih sekata dan dijamin tidak ada foundation yang diserap sponge seperti beauty blender.

Bukan itu sahaja, cara untuk mencucinya juga sangat muda, cukup dengan air dan sabun, sponge ini bersih dan boleh diguna semula. 

Sponge ini juga boleh anda gunakan untuk mengaplikasikan bronzer, concealer, blush atau apa saja untuk teknik blending. Baru sahaja dilancarkan bulan November 2016, permintaan untuk sponge ini semakin mendapat tempat di kalangan beauty junkies. Bahkan ada pengeluar lain yang juga membuat silisponge dengan pelbagai warna. Diramalkan sponge ini akan menjadi hits pada tahun 2017 dan bakal hadir dengan pelbagai reka bentuk dan warna.

IKLAN

Order "The Perfect Weapon" today! Can't decide on which color? Order the "3-pack"

A post shared by Violet Voss®, LLC Cosmetics Co (@shopvioletvoss) on

Rujukan : 1 & 2