Rodrigo Alves, 33, lelaki yang ingin menjadi kacak dengan menjalani 46 pembedahan plastik sekaligus memecah rekod dunia. Rodrigo pertama kali menjalani pembedahan pada 2004 dan dia kemudiannya menjadi ketagih.
Impiannya ingin menjadi Ken, iaitu karakter lelaki didalam koleksi anak patung Barbie, sehingga sanggup membelanjakan sehingga RM1.9 juta untuk melakukan berpuluh-puluh siri pembedahan plastik termasuk sedut lemak, pembedahan di bahagian hidung, botox, punggung dan banyak lagi.
Tetapi dia masih belum berpuas hati, Kali ini Rodrigo sedang menambah berat badan kerana mahu memindahkan lemaknya ke bahagian belakang, pinggang dan paha, untuk menjadikan badannya lebih cantik.
Bagi tujuan itu, setiap hari dia mengambil 3,000 kalori sehari dan merancang melakukan pembedahan berkenaan pada bulan Februari 2017. Dia juga mahu melakukan pembedahan di bahagian hidung untuk kali kelapan.