Tahun baru kali ini menjadi mimpi ngeri buat penyanyi hebat Mariah Carey. Kenapa?
Persembahan Mariah menjadi bualan hangat di media sosial selepas kantoi lip sync (menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara) pada malam sambutan tahun baharu 2017 di Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Menurut laporan, pada awal persembahan, diva itu tidak mengalami sebarang masalah menyanyikan lagunya namun bila memasuki lagu kedua, dia kelihatan tidak senang duduk apabila lagu yang keluar tidak sama dengan apa yang ingin ‘dilakonkannya’.
Mariah dikatakan seolah-olah tidak bersedia atau mungkin tidak membuat persiapan rapi bagi melakukan persembahan tahun baru itu. Tidak mahu memperbodohkan dirinya di khalayak umum, Mariah berlakon dengan menghulurkan mikrofon kepada penonton memohon mereka turut menyanyi bersama-samanya.