Harry Potter, nama itu sendiri tidak perlu diterangkan lagi kerana ia merupakan filem yang kebanyakan daripada kita saksikan semasa di bangku sekolah lagi.
Ada kalanya kita juga mempunyai impian untuk berada dalam dunia imaginasi Harry Potter ini. Apa tidaknya ada majlis perkahwinan yang dilakukan dalam tema Harry Potter, cukup unik sehinggakan kek perkahwinan mempamerkan Lego Lord Voldermort dan Bellatrix Lestrange, malah, tetamu yang hadir diberi novel Harry Potter sebagai goodies.
Kalau sahabat, adik beradik, kekasih tersayang bahkan suami isteri merupakan peminat fanatik Harry Potter bakal menyambut hari lahir, hah, Wanista ada satu idea yang paling best boleh anda berikan kepada mereka. Hadiah berupa barangan Harry Potter!
Daripada monopoli Harry Potter yang anda berdua boleh bermain bersama, rantai berbentuk tongkat sakti, skarf tudung dengan peta sekolah magis Hogwarts bagi yang hispter, bantal comel, penanda buku dan pelbagai lagi.
Nak lebih jelas, ini antara hadiah yang boleh dijadikan inspirasi.
#1 Rantai Tongkat Sakti
#2 Skarf tudung siap dengan peta sekolah magis Hogwarts
#3 DIY kad hari jadi Harry Potter
#4 Sarung bantal yang comel ini
#5 Penanda buku ketika babak Harry Potter dan Lord Voldemort bertempur
#6 Magic sticker yang boleh anda tampal di rumah, macam yang ini ditampalnya di mangkuk jamban.
#7 Rantai Hermione
#8 Monopoli Harry Potter
#9 Buku Mewarna Harry Potter. Sekarang trend ramai yang hilangkan stress dengan mewarna
#10 Pensel Harry Potter dengan ukiran quote filem itu
#11 Mug Harry Potter
#12 Aksesori seperti anting-anting
#13 Harry Potter charm bracelet
#14 T-Shirt Harry Potter
#15 Karpet dengan quote filem Harry Potter
#16 Harry Potter bedding set
#17 Pasu bunga dengan rekaan cermin mata Harry Potter
#18 Travel mug
#19 Lampu Meja Harry Potter Deathly Hallows
#20 iPhone Case
#21 Luggage Tag
#22 DIY lilin insprasi Harry Potter
#23 Tote Bag
Unik bukan? Sesiapa yang gilakan Harry Potter pasti teruja dengan hadiah ini.