Nak sarung baju tengok terkena kesan mekap, alamak nak buat macam mana pulak ni? Wanista pasti mesti ada pembaca yang pernah alami beberapa insiden seperti berikut bila berpakaian, bukan?
Tak perlu pening kepala, ini helah berguna boleh dilakukan.
#1 – Masukkan seluar denim ke dalam beg plastik dan simpan dalam freezer sepanjang malam untuk mengurangkan bau. Freezer akan membunuh bakteria yang menyebabkan bau busuk. Anda juga tak perlu risau untuk mewarnakan denim bila warnanya semakin luntur dek kerana cucian yang melampau.
#2 – Baiki wayar dalam bra yang terkeluar dengan plaster jenis kain.
#3 – Hapuskan kesan degil pada bahagian ketiak dengan jus lemon atau baking soda. Gosok kesan degil dengan campuran air serta jus lemon. Cuba gosok campuran baking soda dan air untuk kesan yang terlalu degil. Biarkan beberapa minit sebelum bilas dengan air. Kemudian baru masukkan pakaian dalam mesin basuh.
#4 – Sapu nail polish rona jernih pada butang baju untuk elakkan daripada butang tercabut.
#5 – Guna hairspray untuk menanggalkan kesan gincu. Apa yang perlu dilakukan adalah sembur di tempat yang terkena gincu dan biarkan selama beberapa minit. Tepuk tanda tersebut dan kemudian dah boleh basuh.
#6 – Pakai sabun basuh pinggan jenis cecair untuk menanggalkan kesan minyak pada baju. Sabun basuh pinggan bukan saja boleh menanggalkan minyak atau kotoran tetapi juga lembut untuk digunakan pada baju.
#7 – Pernah tak bila anda nak tanggal baju, sekali kesan mekap terkena pada kolar? Cuba, sapu krim pencukur pada kesan kotor dan basuh seperti biasa.
#8 – Naikkan seri kasut tinggimu dengan pelembap. Jika tiada polish kasut, ambil tuala dan gosok kasut dengan sedikit krim pelembap agar kasut tampak seperti baru beli.
#9 – Zip tersangkut? Sapu saja dengan jeli petroleum dan cotton bud.
#10 – Tabur serbuk baking soda dalam kasut selepas menggunakannya untuk menanggalkan bau dan peluh.
#11 – Ketatkan cermin mata anda dengan nail polish rona jernih. Jika lengan cermin mata hitam anda sedikit longgar dan anda tidak mempunyai pemutar skru kecil, maka letak sedikit nail polish pada engsel untuk mengetatkanya buat sementara waktu.
#12 – Bersihkan kotoran degil pada sepatu jenis suede dengan nail file.
#13 – Boots kulit anda nampak kusam? Cuba gunakan berus gigi lembut dan cuka, celup berus gigi ke dalam cuka dan secara perlahan berus untuk mengeluarkan kotoran tersebut.
#14 – Betulkan bahagian lecet pada tumit tinggi kulit dengan jeli petroleum dan cotton bud.
#15 – Buat kasut kulit paten berkilat lagi dengan sedikit cecair pencuci kaca.
#16 – Alamak tights anda tercarik benang, nak buat macam mana? Mudah! Letak sahaja nail polish rona jernih di bahagian tercarik.
#17 – Ini biasa berlaku, bukan? Cuba tarik benang kembali ke tempatnya dengan menarik kain di sekelilingnya. Alternatif penarikan kain di tepi benang dan kain di atas dan di bawah benang.