Disebabkan coklat ini terlalu laris dan popular di kebanyakan negara, Nestle telah mengeluarkan sejumlah modal yang begitu banyak untuk menghasilkan berpuluh-puluh perisa KitKat yang unik dan menarik.
Malah, KitKat Chocolatory, butik coklat KitKat pertama telah dibuka di Jepun. Ianya terletak di pusat beli belah Seibu Department Store yang terletak di Ikebukuro, Tokyo, Jepun. Bahkan, di Malaysia juga kedai konsep KitKat “Chocolatory” telah buka di Mid Valley Megamall.
Bar wafer rangup yang dianggap sebagai lucky charm di Jepun ini terdapat pelbagai perisa unik antaranya perisa wasabi, kentang ungu, cinnamon cookie, bean cake, perisa ayam dan pelbagai lagi yang anda sebenarnya tidak pernah tahu ia sebenarnya wujud.
Tapi, persoalannya, kalau ada di depan mata, anda berani ke tak nak cuba?
Purple Sweet Potato
Wasabi
Kentang
Labu
Apple Vinegar
Plum Soda
Red Japanese Chilli
French Salt
Soybean
Sebenarnya banyak lagi perisa Kitkat yang pelik-pelik ada di Jepun sana, cumanya anda sanggup atau tidak sahaja nak rasa. Sedangkan dekat Malaysia ni pun ada perisa teh hijau tetapi ramai yang tidak menggemarinya kerana terlalu manis.