Baru-baru ini, lokasi yang sering menjadi pusat tumpuan untuk acara gilang-gemilang, Sime Darby Convention Centre (SDCC) bingkas mempamerkan tawaran hidangan buffet bersempena bulan Ramadan 2016 yang berkonsepkan “A Taste Of Malaysia”.
Selari dengan nama tema yang kedengaran harmoni itu, kesemua menu hidangan buffet Ramadan tahun ini adalah diilhamkan khas oleh Encik Azmi Md Sidek, selaku Tukang Masak Eksekutif SDCC sendiri. Tercetusnya idea beliau adalah berdasarkan pelbagai jenis kaedah dan masakan yang disunting dari masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia.
Apa yang menarik, terdapat lebih 12 buah gerai makanan yang menyediakan bermacam jenis makanan, lauk-pauk dan kuih-muih gorengan secara langsung! Alangkah sedapnya apabila anda dapat menikmati hidangan yang segar, berkualiti dan datangnya panas dari dapur ketika berbuka puasa nanti. Pasti anda dan keluarga berpuas hati!
Tidak kiralah jika anda mengidam untuk makan masakan ala cina, masakan tradisi orang Melayu kampung, mahupun hidangan kambing panggang yang lembut lagi berperisa, kesemua hidangan adalah dimasak berasaskan sumber ramuan terbaik supaya kelas kualiti makanan tersebut terpelihara.
Antara makanan enak lain yang turut dihidangkan sebagai variasi pilihan buay tetamu adalah Steamboat Lok-Lok, Sup Berempah, Sizzling Hot Plate, Kway Teow Goreng Penang, Sate, Lauk Gulai Kawah, Putu Mayam, Lemang, Ayam Tandoori, Roti Naan, Ais Krim Goreng, Kerabu, Ulaman Sayur, Keropok Lekor, Kuih Tradisi Melayu serta bermacam jenis Cucur yang digoreng rangup!
Bukan itu sahaja, anda juga pasti tercari-cari akan hidangan yang berbentuk lebih oriental seperti sajian berdaging Itik Panggang Rangup, Kambing Golek dan Ikan Bakar yang terdiri daripada tujuh (7) jenis ikan berbeza.
Bagi memuaskan lagi deria rasa anda sebagai orang tempatan yang butuhkan suatu kelainan tatkala menikmati sajian berbuka puasa, terdapat juga makanan klasik antarabangsa yang dihimpunkan dalam menu hidangan buffet menarik ini iaitu variasi Sushi dan Sashimi, Pizza Italiano serta stik panggang mini.
Setelah beberapa ketika anda asyik menikmati berpuluh makanan yang sedap belaka, minuman yang mampu membasahkan tekak anda adalah seperti Teh Tarik, Nescafe tarik, Susu Soya, Cincau, Bandung, Barli Limau, Air Tebu dan pelbagai lagi pilihan Smootie Buah-Buahan.
Harga yang dikenakan untuk seorang adalah RM138.00++. Majlis buffet berbuka puasa ini akan berlangsung setiap hari dari jam 6.30pm – 10.30pm bermula 8 Jun hingga 5 Julai 2016.
Bagi tetamu kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun, termasuklah warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas, mereka sebenarnya layak untuk mendapat potongan harga sebanyak 50%. Manakala kanak-kanak 6 tahun ke bawah adalah percuma.
Promosi hebat khas buat para pembaca Wanista! Individu yang membuat tempahan awal bakal ditawarkan harga yang cukup istimewa iaitu hanya RM79nett seorang jika anda mula menempah pada bulan Mac ini. Sementara itu, sepanjang bulan April dan Mei pula, harga tempahan baucer adalah RM89nett seorang.
Seperti yang diketahui ramai, Restoran China Treasures yang berada di dalam bangunan Sime Darby Convention Centre turut menjalankan promosi pakej berbuka puasa bertemakan Dinner Indulgence. Sesungguhnya China Treasures bakal menjamu anda dengan lebih 60 jenis Dim Sum serta 60 lagi hidangan masakan menarik yang hanya akan dimasak sebaik tempahan dibuat oleh pelanggan. Harga yang ditawarkan adalah pada RM88nett seorang. Promosi sementara ini hanya berlarutan dari 3 Jun hingga 7 Jun 2016.
Untuk tidak mengecewakan diri anda, mulalah menempah sekarang! Sebarang pertayaan serta tempahan pakej buffet berbuka puasa ini boleh disampaikan menerusi:
- halia.sdcc@simedarby.com (03 -2089 3799)
- enquiries.sdcc@simedarby.com (03 -2089 3688)