Pakar nutrisi pediatrik, Mead Johnson Malaysia, mengumumkan inovasi terbaharu dalam formula susu kanak-kanak, Enfagrow A+, diformulasi secara saintifik dengan rumusan nutrien-nutrien yang unik.
Menurut satu kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal American Academy of Pediatric (2014), formula susu kanak-kanak yang difortifikasi dengan DHA, PDX^+ GOS dan yeast beta-glucan boleh meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh kanak-kanak. Formula susu yang difortifikasi dengan rumusan nutrien-nutrien unik ini menunjukkan manfaat kepada kanak-kanak bagi pengurangan insiden Jangkitan Respiratori Akut (ARI) serta tempoh yang lebih pendek jika mengalami Jangkitan Respiratori Akut (ARI). Hasil kajian ini amat penting bagi perkembangan kognitif, kesihatan, fizikal serta perkembangan sosial secara menyeluruh seorang kanak-kanak.
Kajian ini dikendali untuk menentukan jika susu kanak-kanak yang difortifikasi dengan rumusan nutrien-nutrien yang unik DHA, PDX^+ GOS dan yeast beta-glucan memberi kesan bagi insiden jangkitan respiratori dan cirit-birit di kalangan kanak-kanak yang sihat.
“Kajian bagi formula susu kanak-kanak adalah kompleks. Perkembangan terbaharu formula susu kami bukan sahaja memberikan tenaga malah diperkuat dengan kebaikan vitamin dan mineral untuk tumbesaran kanak-kanak. Untuk berdekad lamanya, Mead Johnson Nutrition komited untuk memastikan kanak-kanak memperolehi DHA dengan menambahkannya di dalam formula susu kami, kerana manfaatnya kepada otak– namun begitu, kajian kami tidak hanya berhenti di situ. Bersama dengan PDX^+ GOS serta yeast beta-glucan, Enfagrow A+ baharu memberikan manfaat bagi kesihatan usus serta membantu menyokong pertahanan semulajadi tubuh untuk menyediakan kanak-kanak bagi pembelajaran berterusan,” jelas Cik Annemieke Tops, Pengarah Hal Ehwal Seliaan & Sains Nutrisi Mead Johnson Nutrition Asia Pasifik.
Kajian percubaan, secara rawak dan terkawal telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam lingkungan 3-4 tahun bagi tempoh 28 minggu. Kanak-kanak ini diberikan susu yang difortifikasi dengan DHA, PDX^+ GOS dan yeast beta-glucan atau minuman susu lembu yang tanpa fortifikasi sebanyak 3 sajian sehari.
“Melalui perkembangan dalam kajian yang dijalankan, Mead Johnson kini dapat menyediakan segala manfaat dalam satu formula, Enfagrow A+. DHA sebagai blok binaan penting untuk otak, PDX^+GOS memberikan manfaat bagi kesihatan usus, dan yeast beta-glucan membantu menyokong pertahanan semulajadi tubuh untuk menyediakan kanak-kanak bagi pembelajaran berterusan,” kata Alfred Lee, Pengarah Perubatan (Jualan) Mead Johnson Nutrition Malaysia & Brunei.
Enfagrow A+ baharu kini boleh didapati di semua pasaraya utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut sila layari www.enfagrow.com.my