Cinta & Perhubungan, Tips - Percintaan

Tips Percintaan: Jangan Cepat Cemburu Wahai Kaum Hawa

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tips Percintaan: Jangan Cepat Cemburu Wahai Kaum Hawa

Manusia memang dilahirkan sempurna tetapi diri sendiri yang gemar mencipta ketidaksempurnaan. Setiap manusia pernah mempunyai perasaan cemburu. Tidak kiralah cemburu dalam konteks perhubungan antara lelaki dan wanita, keluarga mahupun rakan-rakan sekerja. Ada yang mengatakan cemburu tanda sayang tetapi jika tidak terkawal, ia boleh mendorong seseorang diselubungi perasaan negatif sehingga melakukan sesuatu yang di luar batasan.

IKLAN

Definisi Cemburu
Tidak senang atau iri hati melihat kelebihan orang lain. Ia juga merujuk kepada sifat kurang percaya kerana takut kepunyaan diri hilang atau diambil oleh orang lain. Seseorang itu rasa curiga seperti melihat suaminya bercakap-cakap dengan perempuan lain.

Cemburu & Wanita
Dua profesor psikologi dari University of Delaware, Amerika Syarikat telah melakukan kajian mengenai reaksi wanita yang melihat pasangannya memandang wanita lain. Steven Most, dan Jean-Philippe Laurenceau, dua orang profesor tersebut mendapati, perempuan yang sengaja diberi gambar pasangan mereka dengan perempuan lain menjadi sukar untuk fokus ketika melihat gambar tersebut. Mereka tidak sanggup untuk meneruskan sasaran yang perlu diteliti.

Cemburu & Otak
•    Otak kiri mempunyai peranan ketika perasaan cemburu mula menguasai diri. Mungkin tiada fakta yang khusus tetapi para ilmuwan menghubungkannya dengan emosi seperti rasa malu dan merangsang timbulnya rasa cemburu.
•    Faktor lain yang turut memainkan peranan adalah system noggin dopamine yang mengatur zat kimia yang berkaitan dengan kebahagiaan dan penghargaan.
 
Cemburu & Tubuh
•    Ketika pengaruh cemburu sedang menguasai diri, biasanya seseorang itu gagal melihat sesuatu dengan rasional. Perasaan marah dan cemburu bersatu dan membuatkan tubuh cepat panas dan sukar berfikir dengan betul. Semakin kuat rasa cemburu, semakin kusut fikiran dan selalu membuat keputusan mengikut kata hati.
•    Ketika cemburu, ia boleh merangsang stres dalam tubuh kerana hormon stres bertambah maka tekanan darah semakin meningkat dan denyut jantung menjadi semakin laju.

Cemburu Kerana Tidak Yakin Diri
Rasa cemburu terbit mungkin kerana menyedari kekurangan diri. Biasanya seseorang menjadi cemburu kerana tidak yakin kepada diri sendiri. Rasa takut jika pasangan beralih kepada orang lain atau jawatan yang diidam jatuh kepada orang lain boleh mendorong rasa cemburu. Bagi mengatasinya, cari punca yang menyebabkan rasa kekurangan diri muncul. Pupuk rasa sayang kepada diri sendiri dan lama kelamaan, anda pasti akan menghargainya. Jika anda yakin kepada diri sendiri, pasti tidak timbul rasa cemburu.  

Cemburu Buta
Cemburu memang perlu dalam sebuah percintaan tetapi apabila sering tidak percaya kepada pasangan, ia boleh merosakkan hubungan. Ciri-ciri orang cemburu buta adalah cenderung bersifat posesif dan bertanya semua perkara secara terperinci. Mereka juga sering memberi komen hal fizikal dan juga kemampuan intelektual. Pasangan akan rasa rimas dan kadang-kadang sukar mengawal situasi tersebut.    

CARA MENGATASI CEMBURU

#1 Berfikiran Positif
Apabila hati rasa sakit akibat cemburu, cuba ingatkan diri bahawa pasangan sentiasa mencintai dan menghargai. Katakan kepada diri sendiri anda langsung tidak pernah berubah sehingga membuatkan pasangan mula jauh hati dan mencari yang lain. Perasaan anda dan pasangan masih sama ketika mula-mula jatuh cinta dahulu.

#2 Tenangkan hati
Jika timbul rasa sangsi kepada pasangan, cara yang paling baik adalah berterus terang dan huraikan segala kekusutan. Tanya sendiri kepada pasangan apa yang terbuku dalam fikiran. Jangan selalu prasangka dan membuat kesimpulan sendiri. Tenangkan hati dan soal dengan jujur. Tubuh tidak stres dan anda bahagia meniti perhubungan bersama.

IKLAN

#3 Komunikasi Dua Hala
Tidak kira lelaki dan wanita, kedua-duanya sering berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan apabila berjauhan. Selalunya perasaan itu terbit kerana melihat orang lain menghadapinya atau menonton drama di kaca televisyen. Jika timbul fitnah dalam rumah tangga, anda perlu berfikiran terbuka dan dengan setiap alasan yang diberi pasangan. Komunikasi sangat penting apabila dilanda masalah dalam perhubungan.

#4 Selidik Fakta
Cuba duduk sebentar dan melihat secara positif apa yang membuatkan anda cemburu. Kemudian tanya diri sendiri apakah perasan terancam tadi masuk akal. Adakah bukti yang menjadikan perkara tersebut membahayakan hubungan. Anda juga perlu fikir adakah rasa cemburu ini boleh menyelamatkan sebuah hubungan?

SUMBER