EVERSOFT, jenama “Pakar Pembersih Wajah Harian” melancarkan semula rangkaian pencuci muka dengan “100% Tumbuhan Organik Aktif” yang telah diuji & dipercayai berasaskan formulasi Jepun. Membersih muka dengan mendalam secara kerap dapat menyingkirkan kotoran pada permukaan wajah dengan efektif agar kulit kelihatan bersih, sihat dan berseri.
Rangkain EVERSOFT memperkenalkan kandungan paling berkesan dalam rejim kecantikan Jepun termasuklah rangkaian yang menggunakan bahan-bahan makanan dan ekstrak organik yang diperakui dan diadun bersama seperti bunga camellia, gingko & yuzu, aprikot, avokado, mulberi, minyak dedak padi dan Asid Hialuronik. Sebagai tambahan terhadap sabun pencucinya yang terkenal, rangkaian yang diperbaharui itu turut memperkenalkan dua jenis format baharu iaitu Pembersih Susu untuk kulit sensitif dan Pembersih Gel untuk kulit kering.
EVERSOFT menyediakan 5 pencuci muka dan 1 skrub yang diperbaharui untuk pelbagai jenis kulit.
Pencuci Wajah EVERSOFT
Avokado & Minyak Dedak Padi (Rice Bran Oil) Organik – Khasiat Ekstra. Formula berkhasiat & penghidratan dengan 100% ekstrak Avokado Organik & Minyak Dedak Padi organik yang diperkaya dengan Vitamin E bagi membantu melawan tanda-tanda penuaan kulit dan melindungi sel kulit daripada pengoksidaan radikal bebas.
Gingko & Yuzu Organik– Kawalan Minyak & Jerawat. Baik untuk kawalan minyak & jerawat dengan 100% ekstrak Daun Biloba Gingko & Buah Yuzu organik dan tinggi kandungan antioksidan dan Vitamin C bagi membantu membersih sambil menyingkirkan kotoran serta meredakan kemerahan kulit. Sesuai untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.
Bunga Camellia & Mulberi Organik– Pemutihan Ekstra & Kulit Berseri. Formula pemutihan ekstra dengan 100% ekstrak Bunga Camellia & Mulberi organik dan diperkaya dengan Vitamin E yang melindungi kulit daripada sinaran UVB berbahaya. Ia memperbaiki tona kulit, mengurangkan tompok gelap dan dalam masa yang sama meremajakan dan memperbaharui kulit menjadikan ia berseri dan berkilau.
Benih Jelai (Coix Seed) Organik & Asid Hialuronik – Penghidratan Ekstra & Kulit Anjal. Penghidratan ekstra dengan 100% ekstrak Benih Jelai Organik & Asid Hialuronik yang bertindak sebagai agen pelembap botani semula jadi bagi mengekalkan hidrasi kulit untuk kelicinan, kecerahan dan kelembutan kulit berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.
EVERSOFT Pembersih Serum
Mulberi Organik & Asid Hialuronik – Pemutihan & Penghidratan. Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.
EVERSOFT Pembersih Skrub
Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam. Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.
Pencuci muka EVERSOFT kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM11.75 untuk 120G dan RM17.80 untuk 195G.