Ada berita baik untuk semua warga Subang Jaya.
SS15 Courtyard, pusat membeli belah yang mengetengahkan gaya hidup dan kontemporari secara rasmi membuka pintunya kepada orang ramai baru-baru ini sebagai destinasi terbaru untuk membeli-belah, berjuadah dan bersantai di kawasan perbandaran Subang Jaya.
Dimiliki oleh Titijaya Asset Sdn Bhd, dan menampilkan 50 kedai-kedai khusus dan restoran-restoran, pusat membeli-belah di kawasan kejiranan ini terletak di tengah-tengah SS15 Courtyard dan mempunyai akses mudah dari kawasan-kawasan kediaman dan komersil di sekitarnya.
Merangkumi keluasan ruang lantai kasar sebanyak kira-kira 300,000 kaki persegi, SS15 Courtyard menawarkan gabungan restoran-restoran makanan tempatan dan antarabangsa yang terpilih, kedai-kedai kecantikan dan kesihatan, pilihan kedai-kedai yang menawarkan jenama-jenama gaya hidup, hadiah dan aksesori, sebuah pasar raya dan sebuah pusat hiburan untuk seisi keluarga bagi pengunjung-pengunjungnya.
Restoran-restoran yang menjadi tumpuan termasuk Rakuzen, Naj & Belle, Naughty Nuri’s, Putien, Jibby Chow, Wondermama, Yoshinoya Hanamaru dan Yesterday. Restoran makanan segera yang terkenal, Texas Chicken juga akan dibuka tidak lama lagi.
Jenama khusus dan gaya hidup yang perlu dikunjungi di SS15 Courtyard adalah Body Tone, Funtopia, Loud Speaker, Pet Lovers Centre, Glitters & Beautique Salon, Thinker House, sebuah pusat pendidikan dan banyak lagi.
Pada masa kini, SS15 Courtyard mempunyai lebih daripada 80% kadar sewa yang merangkumi kedai-kedai dan restoran-restoran di mana lebih banyak jenama akan ditambah ke dalam pusat membeli-belah yang tersendiri dan mewah ini tidak lama lagi.
SS15 Courtyard dibuka setiap hari daripada 10 pagi sehingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di www.ss15courtyard.com.my atau ‘Like’ SS15 Courtyard Facebook Page di https://www.facebook.com/ss15courtyard atau Instagram @ss15courtyard.