Sebagai seorang wanita yang berkelas, kita sering mahu tampak bergaya sekaligus unik daripada orang di sekeliling.
Sering diketengahkan sebagai perhiasan yang klasik dan mewah, brooch atau pin enamel yang biasanya diceriakan dengan permata mahupun manik berwarna ini sungguh sofistikated apabila pemakaiannya kena pada gaya.
Tahun 2016 membuka tirai kepada penggayaan semula perhiasan yang ringkas namun cantik ini, ia boleh dilihat menghiasi busana serta aksesori pelengkap gaya beg tangan, kasut serta pin rambut yang dipamerkan menerusi pertunjukkan fesyen antarabangsa seperti konsep yang dibawakan oleh jenama pereka Prada dan Dolce & Gabbana.
Ayuh Wanista huraikan beberapa idea menarik bagaimana anda boleh menggayakan brooch lebih dari sekadar hiasan pada tudung agar ia terletak sepanjang hari.
#1 Perhiasan Dada Baju Yang Polos
Baju anda kosong sangat? Apa kata tambahkan brooch dengan rekaan yang sarat dan bersaiz gergasi di sudut dada untuk memaksimakan penggayaan fesyen anda hari itu. Pasti kelihatan sangat classy bak Queen Elizabeth II.
#2 Lekapkan Pada Kolar Untuk Gaya Sofistikated
Jikalau mahu sedikit kelainan, anda boleh cuba sematkan brooch dengan rekaan menawan saiz serdehana pada penjuru kolar kemeja. Bagi yang bertudung, gayakan turban supaya brooch kelihatan lebih menonjol.
#3 Sematkan Pada Selendang Leher Kegemaran
Elegen bukan? Gantikan rantai labuh anda dengan penggayaan selendang leher yang ditemani brooch sebegini. Pasti manis umpama gadis-gadis fashionista yang sentiasa inginkan kelainan!
#4 Menceriakan Kasut Lama Yang Kelihatan Bosan
Jika anda cukup kreatif, anda sebenarnya boleh gayakan sepasang kasut dalam pelbagai cara tahu? Tak perlu membazir wang beli kasut yang baharu. Nah, gayakan sepatu kegemaran anda dengan brooch pilihan seperti di dalam gambar. Setidak-tidaknya, anda bijak menggunakan ‘apa yang ada’ tanpa perlu mengeluarkan satu sen untuk kelihatan bergaya sakan ala fashionista! Nampak mahal!
#5 Perhiasan Kepala & Rambut
Bosan dengan ikatan rambut ‘ponytail’? Boleh sanggulkan rambut anda dengan teknik messy hair bun, lalu sematkan brooch berona pada penjuru sanggul menggunakan pin rambut jenis bobby pin yang disemat kemas pada celah-celah kerawang brooch. Curi inspirasi ini dari perhiasan rambut yang ditonjolkan oleh Dolce & Gabbana ketika mempersembahkan koleksi musim sejuk 2015/2016!
#6 Menyerlahkan Gelang Tangan Yang Kosong
Menghadiri parti-parti formal seperti malam gala mahupun makan malam bertema ala Inggeris seperti majlis tari-menari prom? Idea Wanista supaya anda gayakan corsage yang diserikan brooch gemerlapan sebegini. Aturkan riben dengan cara tersendiri sebelum menyisip brooch cantik pada bahagian tengahnya. Anda boleh DIY sendiri gelang corsage bertatah brooch sendiri di rumah!
#7 Jambangan ‘Bunga Tangan’ Vintaj
Tidak semestinya jambangan bunga perlu diperbuat daripada bunga asli segar. Jika anda impi resepsi perkahwinan yang bertemakan dongeng fantasi ala Cinderella, boleh cuba gubah bunga tangan vintaj menggunakan seleksi brooch terpakai. Cantik dan lain daripada yang lain!
#8 Chocker
Ikat sahaja kain di leher untuk dijadikan choker (rantai melekap) sebelum disemat dnegan brooch pilihan. Trend pemakaian choker adalah sangat popular untuk tahun 2016! Jika anda seorang fashionista yang tegar, jangan ketinggalan tentang perkembangan fesyen semasa ini!
#9 Perhiasan Tali Pinggang
Tidak salah andai anda sengaja mahu menambah sesuatu yang berkilau pada pakaian. Orang pasti terpana kala melihat gaya eksentrik anda itu!
#10 Sentuhan Germalapan Pada Beg Tangan
Berikan nafas baru pada permukaan tas tangan anda agar kelihatan ranggi bersahaja dengan tambahan brooch pelbagai motif! Sweet sangat!
Tip Bonus!
Jika khuatir brooch mudah tertanggal dan tidak mahu duduk diam pada permukaan pakaian anda, lapiskan ia bersama kepingan kapas atau span yang sedikit tebal agar ia tersemat lebih kemas dan ketat. Tiada lagi masalah keciciran brooch!
Selamat mencuba!